nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Muat naik dokumen rasmi sahkan umur di media sosial mulai 1 Jun

22 MEI : Pengesahan umur di media sosial perlu dibuat dengan memuat naik dokumen rasmi yang dikeluarkan kerajaan selepas dua kod baharu di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) berkuat kuasa 1 Jun ini.

Ia melibatkan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) serta Kod Pengurangan Risiko (RMC) yang bertujuan menyekat pengguna bawah umur 16 tahun membuka akaun media sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata dokumen yang boleh digunakan bagi tujuan itu termasuklah kad pengenalan atau pasport.

“Sekarang kita telah meminta platform melaksanakan age verification (pengesahan umur). Pengguna perlu mengesahkan umur menggunakan dokumen dikeluarkan kerajaan seperti kad pengenalan, pasport atau dokumen rasmi lain.

“Kalau sekadar self-declare sesiapa sahaja boleh klik dan mengaku mereka berumur lebih 18 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat di Kuching, hari ini.

Menurut Nie Ching, tiada sebarang teknologi khusus ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk pelaksanaan pengesahan umur itu.

Katanya, kerajaan juga memberikan masa yang sewajarnya bagi tujuan tersebut sebelum akhirnya tindakan penguatkuasaan diambil.

“Untuk akaun sedia ada dan belum buat pengesahan umur, MCMC masih berbincang tempoh masa munasabah selepas berbincang dengan platform media sosial yang terlibat antaranya TikTok, Facebook dan Instagram.

“Sesiapa yang tidak membuat pengesahan berkemungkinan akaun (akan) ditutup atau platform media sosial perlu menggunakan kecerdasan buatan untuk pastikan pengguna berumur 16 tahun ke atas,” katanya.

Terdahulu, ketika berucap, Nie Ching memaklumkan setakat April tahun ini, sebanyak 23,367 kes penipuan dalam talian dilaporkan dengan kerugian berjumlah RM680.3 juta.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.