4 JUN : Kerajaan kekal fokus terhadap tanggungjawab mentadbir negara terutama dalam tempoh sukar ketika ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menegaskan soal pembubaran Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dalam masa terdekat bukan keutamaan.
Menurut Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), meski Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan Isnin lalu, keutamaan kerajaan adalah menjalankan tugas demi negara.
“Ia keputusan mereka (Barisan Nasional Johor). Kami ada keutamaan kami dan fokus kepada tugas kami,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Persidangan Peralihan Tenaga (ETCon26) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.
Beliau berkata dmeikian ketika ditanya sama ada beliau bercadang untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU16 dalam masa terdekat.
Isnin lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
BN Johor sebelum ini memutuskan untuk bertanding solo di kesemua 56 kerusi pada PRN kali ini.
Anwar kemudiannya memberi bayangan kemungkinan untuk membubarkan Parlimen lebih awal jika kestabilan politik Kerajaan Perpaduan terus diganggu.