16 JUL : Perikatan Nasional (PN) mengumumkan baki 11 calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkannya pada Majlis Pengisytiharan Calon PN bagi PRN Negeri Sembilan ke-16 di Kompleks PAS Negeri Sembilan, malam ini.
Pengumuman itu sekali gus menjawab teka-teki baki kerusi calon yang tidak diumumkan Barisan Nasional (BN) malam tadi apabila hanya menyenaraikan 25 calon daripada 36 kerusi DUN.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika majlis di Paroi semalam berkata baki 11 kerusi lagi itu hanya akan diumum selepas rundingan dengan pihak lain selesai.
Berikut senarai penuh 11 calon PN:
N.04 Klawang – Danni Rais
N.05 Serting – Mohd Fairuz Mohd Isa
N.11 Lobak – Kumar Paramasevam
N.13 Sikamat – Razali Abu Samah
N.14 Ampangan – Mohamad Rafie Ab Malek
N.21 Bukit Kepayang – Lee Boon Shian
N.23 Mambau – Erik Michael
N.25 Paroi – Kamarol Ridzuan Mohd Zain
N.30 Lukut – Sathes Kumar Nilameham
N.31 Bagan Pinang – Abdul Fatah Zakaria
N.34 Gemas – Ridzuan Ahmad.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian bagi PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan.
