17 JUL : Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Johor ditangguhkan ke esok.
Penangguhan itu dimaklumkan pagi ini kepada media.
Namun begitu, tiada alasan penangguhan dinyatakan dalam notis tersebut.
Istiadat itu dijadualkan berlangsung di Istana Bukit Serene, hari ini di hadapan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.
Minggu lalu, Barisan Nasional (BN) menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 dengan merebut 48 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sementara baki lapan kerusi dimenangi Pakatan Harapan (PH).
Kemudiannya, pada Ahad, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua.
Media sebelum ini melaporkan Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah jawatan EXCO Johor berlangsung pada Jumaat.