nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Johor batal lesen Network School, arah henti operasi mulai esok

21 JUL : Kerajaan Negeri Johor membatalkan lesen perniagaan NS0 Malaysia Sdn. Bhd. (Network School) serta mengarahkan semua operasinya di Forest City dihentikan berkuat kuasa 22 Julai, susulan tindakan penguatkuasaan yang dibuat mengikut proses perundangan selepas ketidakpatuhan dikenal pasti.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Penuh Khas Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) selepas meneliti laporan pemeriksaan, dapatan penguatkuasaan serta representasi yang dikemukakan pihak syarikat.

“Keputusan tersebut dibuat berdasarkan proses dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, selepas penelitian terhadap laporan pemeriksaan, dapatan penguatkuasaan serta representasi yang dikemukakan oleh pihak syarikat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menjelaskan tindakan penguatkuasaan hanya boleh diambil selepas aduan dan maklumat disahkan, pemeriksaan dijalankan, ketidakpatuhan dikenal pasti serta semua proses undang-undang disempurnakan.

Menurutnya, tempoh sesebuah premis beroperasi tidak bermaksud semua aktivitinya sentiasa mematuhi syarat lesen, justeru tindakan mesti diambil tanpa kompromi apabila berlaku pelanggaran.

“Apabila ketidakpatuhan dikenal pasti, tindakan mesti diambil tanpa kompromi. Kerajaan Negeri akan terus memperketat penyelarasan antara agensi agar sebarang ketidakpatuhan dapat dikesan dan ditangani segera,” katanya.

Onn Hafiz menegaskan Johor sentiasa mengalu-alukan pelaburan berkualiti tinggi yang mampu merangsang ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan memacu pembangunan negeri, namun semua pihak tetap tertakluk kepada undang-undang negara.

“Tiada mana-mana pelabur, syarikat atau organisasi boleh diletakkan mengatasi kedaulatan undang-undang negara,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi keselamatan berkaitan meneruskan siasatan dan mengambil tindakan tegas sekiranya wujud penyalahgunaan pasport kedua, salah nyata identiti, pelanggaran syarat kemasukan atau kesalahan lain di bawah undang-undang Malaysia.

Beliau berkata perkara itu tidak boleh dipandang ringan memandangkan Johor merupakan pintu masuk strategik negara yang bersempadan dengan Singapura.

Pada masa sama, Kerajaan Johor turut menggesa Kementerian Digital dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) meneliti semula status Malaysia Digital atau sebarang pengiktirafan yang diberikan kepada organisasi berkenaan sekiranya didapati berlaku ketidakpatuhan terhadap syarat atau prinsip ditetapkan.

Selain itu, beliau meminta semua agensi berkaitan memperketat proses duediligence termasuk semakan latar belakang, pemilikan, sumber pembiayaan, bentuk operasi dan naratif yang dibawa mana-mana syarikat atau organisasi.

Katanya, penyelarasan antara agensi juga perlu diperkukuh supaya setiap pelaburan atau inisiatif antarabangsa dinilai secara menyeluruh daripada aspek pelesenan, imigresen, keselamatan, penggunaan premis serta pematuhan undang-undang.

Sebelum ini, Kerajaan Johor meminta siasatan menyeluruh dijalankan terhadap operasi Network School di Forest City selepas timbul dakwaan institusi berkenaan mempunyai kaitan dengan individu dan entiti dari Israel.

Isu itu turut mendapat perhatian pelbagai agensi Persekutuan yang menjalankan semakan terhadap aspek keselamatan, imigresen dan pematuhan undang-undang sebelum tindakan pembatalan lesen serta arahan menghentikan operasi diputuskan MBIP.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.