nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan politikkan isu tanah Orang Asli

23 JUL : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan isu pertikaian tanah membabitkan masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot, Maran tidak akan dipinggirkan meskipun urusan itu berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Pahang.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim susulan kehadiran wakil masyarakat Orang Asli kampung berkenaan bersama Pertubuhan Perlindungan Khazanah Alam Malaysia (PEKA) di kediaman rasmi Perdana Menteri.

Menurutnya, Anwar segera menghubungi wakil masyarakat Orang Asli bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu berkenaan sejurus menerima maklumat mengenai perkara itu.

Katanya, Perdana Menteri turut memberi jaminan isu terbabit akan dibawa ke perhatian Kerajaan Negeri Pahang bagi mencari jalan penyelesaian.

Beliau berkata, pentadbiran serta pemilikan tanah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada kerajaan negeri dalam urusan tanah.

“Namun begitu, beliau tidak pernah berdiam diri. Beliau akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara dengan mengangkat isu ini kepada Kerajaan Negeri agar penyelesaian dapat dicapai segera secara adil, berhemah dan berlandaskan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Muhammad Kamil turut mengingatkan semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu berkenaan sehingga mengelirukan rakyat.

Katanya, usaha meraih keuntungan politik menerusi isu tanah Orang Asli hanya akan menjejaskan proses mencari penyelesaian.

Beliau berkata, kekeliruan mengenai bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri tidak membantu masyarakat Orang Asli, malah berpotensi melambatkan penyelesaian.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kerajaan Negeri Pahang menyegerakan tindakan mengikut bidang kuasa dimiliki.

Katanya, hak serta kebajikan masyarakat Orang Asli tidak wajar terus terjejas akibat kelewatan membuat keputusan.

“Mereka berhak memperoleh penyelesaian yang adil, bermaruah dan tanpa penangguhan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.