nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Anwar jelas kelewatan dedah laporan RCI TH

24 JUL : Kerajaan menangguhkan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) bagi mengelakkan keyakinan pendeposit terhadap institusi itu terjejas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu dibuat ketika TH masih berdepan masalah kewangan serius akibat penyelewengan sebelum pentadbiran kerajaan sekarang.

Menurutnya, penerbitan laporan berkenaan pada waktu itu boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pendeposit hingga mendorong pengeluaran simpanan secara besar-besaran.

“Sekarang tengah ribut tentang laporan Suruhanjaya Diraja mengenai Tabung Haji. Apa cerita dia? Belum…belum… itu sebelum saya jadi Perdana Menteri dulu. Tapi apa yang jadi cerita dia?

“Ceritanya Tabung Haji ambil dana daripada orang kampung, orang Melayu, orang Islam, kemudian berlaku penyelewengan, rugi lebih RM10 bilion.

“Tapi orang kritik saya, mengapa tak terbitkan laporan itu? Saya kata pada masa itu, tiga tahun yang lalu, tak mampu kita terbitkan. Kalau kita terbitkan, rakyat hilang keyakinan kepada Tabung Haji, dia tarik dana Tabung Haji, Tabung Haji sebagai badan akan lingkup.

“Tapi sejak tiga tahun yang lalu, pengurusannya bertukar. Pengurusinya sekarang Tan Sri Rashid Hussain yang mempunyai rekod pengurusan yang cemerlang. Tabung Haji dah mula bertapak. Tapi rakyat harus tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, hari ini.

Anwar berkata, keadaan TH kini semakin pulih hasil pembaharuan pengurusan, sekali gus membuka ruang untuk laporan RCI didedahkan kepada umum.

Semalam, beliau memaklumkan kerajaan bersedia menerbitkan laporan akhir RCI dalam masa terdekat bagi membolehkan rakyat meneliti hasil siasatan berhubung dakwaan penjualan aset strategik TH.

Katanya, keputusan akhir akan dibuat bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, sama ada laporan itu boleh diterbitkan segera atau selepas Mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.