nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MCMC siasat kandungan hina agama Islam

25 JUL : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat kandungan berunsur 3R (kaum, agama dan institusi diraja) yang dimuat naik di media sosial.

Tindakan itu diambil selepas pihaknya menerima aduan melibatkan penghinaan kepada agama Islam di Facebook.

MCMC menegaskan tiada kompromi terhadap penyalahgunaan platform komunikasi yang melanggar undang-undang.

“MCMC mengesahkan telah menerima aduan berhubung kes memuat naik kandungan jelik melampau berunsur 3R yang melibatkan penghinaan terhadap agama Islam di platform media sosial Facebook.

“MCMC sedang menjalankan siasatan yang menyeluruh dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyalahgunaan platform komunikasi yang melanggar undang-undang,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan sama, MCMC berkata pihaknya memandang serius penyebaran kandungan jelik melampau berkaitan agama susulan berpotensi mencetuskan kebencian, menjejaskan perpaduan masyarakat sekali gus menggugat keharmonian antara kaum di negara ini.

Selain menjalankan siasatan, MCMC turut bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bersedia memberikan bantuan teknikal serta sokongan kepakaran digital bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan, sekiranya diperlukan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sehubungan itu, MCMC mengingatkan orang ramai agar sentiasa menggunakan platform media sosial secara beretika, berhemah bertanggungjawab.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan kandungan bersifat jelik melampau, penghinaan atau menghasut khususnya yang melibatkan agama,” kata MCMC.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.