nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Syor audit forensik salah laku dalam FELDA dibawa ke Kabinet

25 OGOS : Cadangan melaksanakan audit forensik terhadap dakwaan salah laku dalam pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan dibawa ke mesyuarat Kabinet.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas tentang saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita akan bawa ke Kabinet dibincangkan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2026 di Universiti Putra Malaysia, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid menyarankan agar audit forensik dilaksanakan bagi meneliti kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa, pecah amanah atau pelanggaran tatakelola dalam pengurusan FELDA.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, audit pengurusan sahaja tidak mencukupi susulan isu berkaitan FELDA sudah berlarutan sekian lama serta menyebabkan kerugian mencecah berbilion ringgit.

Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau masih menunggu laporan lengkap daripada pasukan petugas khas bagi menyiasat isu pengurusan FELDA sebelum sebarang pengumuman dibuat.

Katanya, pasukan berkenaan sudah memulakan tugas dan hasil siasatan dijangka dibentangkan dalam masa terdekat.

Anwar turut memberi jaminan hasil siasatan akan didedahkan kepada umum, selaras dengan pendekatan kerajaan terhadap laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji sebelum ini.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis itu, Anwar menyeru umat Islam bermuhasabah diri serta memperbaiki sahsiah bagi menghakis kebimbangan atau rasa ‘cemas’ sesetengah pihak terhadap nada penyampaian Islam masa kini.

Menurut Anwar, kegagalan menampilkan akhlak serta contoh teladan baik bukan sahaja menyukarkan orang lain menerima Islam, malah boleh mencetuskan salah faham terhadap agama itu.

“Ada masalah sekarang, bukan sekadar orang tidak mahu mudah menerima Islam, tetapi kadangkala orang merasa lebih cemas dengan nada Islam itu sendiri. Masalahnya bukan pada orang lain, masalahnya pada kita.

“Cabaran bagi umat sekarang ialah bagaimana boleh ini (Islam) dijadikan sebagai contoh yang mampu diteladani oleh umat dan oleh manusia keseluruhannya,” katanya.

Selain itu, Anwar berkata sambutan Maulidur Rasul wajar dijadikan titik tolak untuk menyuntik semangat baharu, bukan sekadar mengekalkan keadaan sedia ada.

Beliau berkata obor Islam bersifat dinamik, manakala setiap episod kehidupan Rasulullah SAW membawa pengajaran untuk manusia.

Sehubungan itu, Anwar berharap umat Islam mampu bangkit sebagai Muslim yang sebenar serta memberikan pencerahan kepada masyarakat sejagat.

*Foto : Pejabat Perdana Menteri Malaysia

Get real time updates directly on you device, subscribe now.