nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan MADANI tidak pernah keluar lesen, permit judi baharu

27 OGOS : Kerajaan MADANI tidak pernah mengeluarkan lesen atau permit perjudian baharu dan tidak menambah bilangan premis perjudian sejak mengambil alih pentadbiran Persekutuan pada akhir 2022.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung isu lesen judi di negeri itu baru-baru ini mengelirukan kerana memberi gambaran seolah-olah kerajaan tidak mengawal aktiviti perjudian atau meluluskan lesen baharu.

Menurut MoF, jumlah lesen dan permit perjudian yang berkuat kuasa ketika ini kekal berdasarkan kelulusan sedia ada sejak 1990-an.

“Kerajaan MADANI tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen atau permit perjudian baharu dan tidak menambah bilangan kedai perjudian baharu,” menurut MoF dalam kenyataan, hari ini.

MOF berkata, sebagai langkah kawalan, kerajaan menetapkan syarat ketat kepada pemegang lesen selain mengehadkan aktiviti perjudian berlesen, memastikan kawal selia yang ketat serta memperhebat tindakan terhadap perjudian tanpa lesen dan perjudian dalam talian.

Dalam pada itu, kementerian berkenaan menjelaskan sepanjang tempoh pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada 2020 hingga 2022 yang turut merangkumi PAS, tidak pernah ada usul atau keputusan untuk mengharamkan aktiviti perjudian berlesen di seluruh negara atau memansuhkan lesen sedia ada.

Berdasarkan rekod, Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan (PH) pada 2020 memutuskan untuk mengurangkan kekerapan cabutan khas daripada 22 kepada lapan kali setahun.

Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan di bawah Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) pada tahun sama memutuskan untuk meningkatkan atau mengembalikan semula kekerapan cabutan khas kepada 22 kali setahun.

“Selepas Kerajaan MADANI mengambil alih pentadbiran Persekutuan pada akhir 2022, keputusan terawal waktu itu adalah untuk membatalkan peningkatan tersebut dan menurunkan semula kekerapan cabutan khas daripada 22 kepada lapan kali setahun mulai Januari 2023,” katanya.

MOF menegaskan Kerajaan MADANI terus mengambil pendekatan tegas dan bertanggungjawab dalam mengawal aktiviti perjudian, termasuk memastikan pematuhan syarat lesen serta tindakan terhadap aktiviti perjudian tanpa lesen dan perjudian dalam talian.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.