nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM sokong tambah peruntukan pertanian, tekad perkukuh tatakelola

7 SEPT : Kerajaan MADANI akan terus memberi keutamaan kepada sektor pertanian termasuk mempertimbangkan penambahan peruntukan dalam Belanjawan 2026.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata potensi besar sektor itu serta perkembangan teknologi dalam meningkatkan hasil pertanian negara menjadi antara faktor kerajaan bersedia menambah peruntukan bagi memberi manfaat secara langsung kepada warga tani.

“Dengan potensi yang begitu besar, saya tidak teragak-agak untuk menyokong penambahan peruntukan yang memberi manfaat langsung kepada warga tani.

“Namun, setiap ringgit wang rakyat mesti diurus dengan cermat dan penuh amanah,” katanya dalam satu kenyaan selepas merasmikan Majlis Penutupan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), semalam.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, peningkatan eksport nanas serta perkembangan pengeluaran bawang tempatan membuktikan penggunaan teknologi mampu membantu meningkatkan hasil pertanian negara.

Menurutnya, sektor pertanian kekal sebagai tonggak penting negara meskipun dunia kini memberi tumpuan kepada kecerdasan buatan, transformasi digital dan peralihan tenaga.

“Tatkala dunia berbicara tentang kecerdasan buatan, transformasi digital dan peralihan tenaga, kita mesti berani menggapai di langit, namun tetap mengakar ke bumi,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan aspek tatakelola perlu diberi perhatian bagi memastikan peruntukan dan pelaburan kerajaan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

Katanya, kebocoran, ketirisan atau salah guna kuasa akhirnya akan memberi kesan kepada golongan petani, pesawah dan nelayan.

“Kerana itu saya tekad untuk meneruskan usaha membersihkan negara daripada segala kecurangan,” katanya.

Anwar turut menjadikan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sebagai peringatan mengenai kepentingan pengurusan dan tatakelola yang baik.

“Institusi yang kita banggakan sebagai antara perusahaan perladangan terbesar dunia kini memerlukan hampir RM1 bilion setahun daripada Kerajaan untuk menanggung hutang akibat kelemahan pengurusan dan penyelewengan terdahulu,” katanya.

Beliau berkata, beban hutang berkenaan tidak sepatutnya ditanggung peneroka yang telah berkorban membuka tanah dan membangunkan kawasan perladangan.

“Saya tidak sanggup membebankan hutang ini di atas bahu para peneroka yang telah meredah belantara dan membanting tulang, sedangkan mereka bukan punca kerugian tersebut,” katanya.

Anwar berkata, prinsip amanah dan pertanggungjawaban perlu diteruskan selepas MAHA 2026 berakhir, dengan setiap pelaburan, urus niaga serta kesepakatan disusuli tindakan bagi memastikan manfaatnya sampai kepada rakyat.

Beliau sebelum itu meluangkan masa bersama warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta golongan pesawah, petani, peladang, nelayan dan pengusaha pada MAHA 2026.

*Foto : Pejabat Perdana Menteri Malaysia

Get real time updates directly on you device, subscribe now.