nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Nahas helikopter: KKM salur bantuan kewangan, ex-gratia kepada keluarga

9 SEPT : Kebajikan keluarga dan waris lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Ulu Baram menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kementerian akan menyediakan sumbangan kewangan serta bantuan ex-gratia kerajaan kepada keluarga mangsa bagi membantu meringankan beban mereka.

Katanya, sumbangan kewangan akan disalurkan melalui Tabung Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat KKM (KESKIP) manakala pasukan Mental Health and Psychosocial Support (MHPSS) turut digerakkan untuk memberikan sokongan psikologi kepada waris.

“Dari sudut kebajikan, sumbangan kewangan kepada keluarga akan disalurkan melalui Tabung Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat KKM (KESKIP) beserta dengan ‘ex-gratia daripada pihak kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas berhubung nahas helikopter itu, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata tiga perkara menjadi keutamaan KKM ketika ini iaitu kebajikan keluarga dan waris mangsa, keselamatan petugas kesihatan FDS serta memastikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat pedalaman terus berjalan.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Dzulkefly berkata KKM turut mengemukakan cadangan penambahbaikan elaun FDS sejak November, tahun lalu.

Menurutnya, langkah itu diambil selepas kementerian melihat keperluan memastikan kebajikan petugas yang menjalankan perkhidmatan kesihatan di kawasan pedalaman diberi perhatian sewajarnya.

“Antara cadangan yang kami angkat adalah elaun FDS, yang telah pun kita angkat pada tahun lalu, penghujung tahun lalu, bulan November secara tepatnya 2025.

“Kita tahu kita perlu memberikan yang sewajarnya. Sebab itu kami telah mengemukakan isu elaun ini awal lagi,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.32 petang semalam, helikopter yang disewa itu dilaporkan terhempas di hujung landasan lapangan terbang di Long Lellang.

Kesemua mangsa dikenal pasti sebagai Kapten Zainol Afriq, pegawai perubatan Dr Ainul Baroah Kamaruddin, penolong pegawai perubatan Alexson Adit serta dua jururawat, Debra Moset dan Jessie Paya.

Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan akan menjalankan siasatan terhadap nahas berkenaan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.