nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penyatuan ummah bukan untuk pinggir bukan Melayu : Akmal

10 SEPT : Pemuda UMNO menolak tanggapan agenda penyatuan ummah bersama PAS sebagai ancaman kepada bukan Melayu-Islam, sebaliknya menegaskan perjuangan membela Melayu dan memartabatkan Islam tidak bermakna hak kaum serta agama lain akan diketepikan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata pihaknya bersedia menjadi benteng parti bagi memastikan agenda penyatuan ummah tidak berakhir sebagai retorik politik, sebaliknya diterjemahkan melalui pelaksanaan yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat.

“Apabila bercakap mengenai penyatuan ummah, saya mahu ingatkan sahabat Cina dan India bahawa ia bukanlah ancaman kepada sesiapa.

“Membela Melayu bukan bererti mahu bermusuh dengan bukan Melayu, manakala memartabatkan Islam bukan bererti menafikan hak penganut lain kerana dalam Islam, kita diajar kepimpinan kuat mesti berlaku adil kepada seluruh rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar sempena Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Akmal turut menegaskan Barisan Nasional (BN) mempunyai rekod dalam memastikan kerjasama politik tidak menghakis identiti parti komponen serta kaum yang diwakilinya.

“Jangan risau sahabat dari kaum Cina dan India. BN sudah ada bukti. Hari ini, MCA tidak pernah kehilangan identiti Cinanya, MIC tidak pernah kehilangan identiti Indianya dan PBRS juga tidak pernah hilang jati diri Bumiputeranya,” katanya.

Menurutnya, perjuangan membela kepentingan Melayu dan memartabatkan Islam tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai usaha meminggirkan kaum atau agama lain.

Sebaliknya, beliau berkata kekuatan kepimpinan perlu diterjemahkan melalui keadilan kepada seluruh rakyat, selaras dengan prinsip yang didukung Islam.

Perhimpunan itu turut dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden, Datuk Seri Khaled Nordin serta beberapa pemimpin tertinggi UMNO yang lain.

Turut kelihatan hadir Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon; Ketua Pemuda MIC, Arvind Krishnan dan Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Agenda penyatuan ummah antara UMNO dan PAS kembali mendapat perhatian susulan usaha memperkukuh kerjasama politik Melayu-Islam, dengan kedua-dua parti mempunyai sejarah kerjasama melalui Muafakat Nasional.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.