nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Selangor tawar lebih 100 rumah sewa untuk mangsa kebakaran paip gas

4 APR : Lebih 100 unit rumah ditawarkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dalam bentuk skim SMART Sewa Selangor kepada mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerajaan negeri akan berusaha untuk membiayai kos sewa tersebut dengan sebahagiannya daripada sumbangan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan.

“Pihak LPHS menawarkan lebih 100 unit rumah kepada mangsa-mangsa dalam bentuk skim SMART Sewa Selangor.

“Kalau semuanya berjalan dengan baik dalam tempoh seminggu dua lagi kita boleh tempatkan mereka di rumah yang ditawarkan SMART Sewa dan Airbnb,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penyerahan kenderaan jenis Chery kepada mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS), hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata butiran lanjut perkara itu akan diumumkan selepas perjanjian dimuktamad.

“Kita akan umumkan selepas saya memuktamadkan perjanjian dan akan dibawa dalam mesyuarat jawatankuasa.

“Supaya kita boleh mengurangkan tekanan kepada penduduk-penduduk yang terpaksa berhimpit di PPS ini,” katanya.

Hari ini, Chery Malaysia menyerahkan kenderaan sementara kepada 25 mangsa untuk kegunaan selama sebulan bermula hari ini.

Sementara 25 lagi daripada keseluruhan 50 kenderaan yang dipersetujui syarikat itu sebelum ini akan diserahkan selewat-lewatnya Isnin ini.

Menurut Amirudin, setakat ini terdapat 112 permohonan pinjaman kenderaan daripada mangsa dan lebih 200 tawaran pinjaman diterima daripada entiti korporat.

“Kita menerima komitmen ini daripada Carsome sebanyak 50 buah kereta, Carro (30), GoCar (20) dan DRB-Hicom sebanyak 62 kenderaan,” katanya.

Malam tadi, penghuni bagi 85 buah rumah di Taman Harmoni, Putra Heights dibenarkan pulang bermula secara berfasa.

Setakat ini, masih ada 630 mangsa daripada 157 keluarga tinggal di PPS Masjid Putra Heights dan Dewan Camelia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.