nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia kutuk Israel terus tingkat serangan ke atas Gaza

14 MEI : Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pengumuman terbaharu rejim zionis Israel untuk terus meningkatkan serangan ketenteraan di Gaza.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata pengumuman itu dibuat meskipun usaha ke arah gencatan senjata sedang giat dijalankan.

“Tindakan rejim Zionis Israel yang secara terang-terangan meneruskan pembunuhan beramai-ramai, menggunakan kelaparan sebagai senjata, serta pengusiran besar-besaran rakyat Gaza atas nama ‘pemindahan secara sukarela’ sambil mendesak negara-negara lain menerima pelarian Palestin yang diusir merupakan pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa,” kata kementerian itu.

Menurutnya, hampir 2.4 juta rakyat Palestin di Gaza kebanyakannya berulang kali diusir dari kediaman mereka terus berhadapan dengan kebuluran, pengeboman berterusan, dan ancaman pengusiran kekal.

“Hasrat Israel untuk mengekalkan kehadiran ketenteraan jangka panjang di Gaza hanya mengukuhkan lagi dasar penjajahan terhadap wilayah Palestin.

“Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menuntut agar rejim Israel menghentikan kekejaman ini dan mematuhi undang-undang antarabangsa,” kata Wisma Putra lagi.

Selain itu, Wisma Putra berkata Malaysia terus menyatakan solidariti yang tidak berbelah bahagi terhadap rakyat Palestin dalam perjuangan mereka yang sah untuk kebebasan, maruah dan pembentukan negara sendiri.

“Malaysia menegaskan pendirian prinsipnya bahawa Palestin mesti diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota serta diberikan keanggotaan penuh dalam PBB sebagai negara yang setaraf,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.