20 JUN : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini dilepas tanpa bebas (DNAA) daripada tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC International Sdn. Bhd., hari ini.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, K.Muniandy membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Najib itu.
“Tertuduh dilepas daripada semua pertuduhan dan diperintahkan DNAA.
“Pendakwaan masih boleh meneruskan kes ini jika bersedia kelak,” katanya.
Minggu lalu, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon anak guamnya dilepas tanpa dibebaskan susulan kes itu sudah berlarutan selama enam tahun.
Menurut Shafee, dokumen kes SRC pertama sudah tersebar di pelbagai mahkamah termasuk Mahkamah Persekutuan dan dalam prosiding sivil.
Namun katanya, Najib tetap kembali ke penjara kerana masih menjalani hukuman penjara 12 tahun dalam kes pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC bernilai RM42 juta.