nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dunia perlu tekan Israel, henti kezaliman

22 JUN : Rejim zionis Israel perlu terus ditekan agar menghentikan kezaliman dan tidak provokatif terhadap negara lain yang menyebabkan ketegangan seperti berlaku dengan Iran ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan rejim itu yang berterusan membunuh orang awam hanya menyebabkan serangan balas seperti berlaku di Iran ketika ini.

“Kita telah tegas menyatakan untuk perdamaian sebenarnya, Israel harus ditekan supaya tidak bersikap provokatif dan ganas terhadap negara lain.

“Bila serang, bunuh orang, tentu ada tindak balas dari Iran. Jadi kita ambil pendirian yang agak adil.

“Di Gaza terus dibunuh, termasuk wanita, anak-anak. Tapi sekarang diserang Iran dan Iran memilih untuk lawan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sesi Perjumpaan bersama Majlis Pimpinan PKR Sarawak di Kuching, hari ini.

Ketegangan antara Iran dan Israel kian meruncing selepas beberapa hari serangan demi serangan tanpa henti yang memusanahkan pelbagai infrastruktur serta meragut nyawa.

Sementara itu, Anwar berkata dengan ketegangan yang tercetus itu ekonomi dunia bakal terjejas sekiranya Selat Hormuz ditutup.

“Tetapi, bagi saya yang penting sekali nyawa manusia dan keadilan, kita kalau katakan tidak memilih, sekurang-kurangnya ambil keputusan, hentikan keganasan ini.

“Jangan izinkan Iran tindak balas. Tapi mengapa izinkan Israel bertindak begitu?

“Malaysia terpaksa suarakan, pendirian kita jangan sampai negara merdeka dan berdaulat tidak ada upaya untuk bercakap tentang hak, asasi dan keadilan,” katanya.

Beliau sempat melahirkan harapan agar krisis itu menemui jalan keluar ke arah yang lebih baik.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.