12 OGOS : Amerika Syarikat (AS) melanjutkan penangguhan pelaksanaan tarif import tinggi terhadap China, 90 hari lagi.
Keputusan itu diumum Presiden AS, Donald Trump melalui satu kenyataan di media sosialnya, hari ini.
Pengumuman itu dibuat beberapa jam sebelum penangguhan sebelum ini tamat.
“Saya baru sahaja menandatangani Perintah Eksekutif yang akan melanjutkan Penangguhan Tarif terhadap China selama 90 hari lagi.
“Semua elemen lain dalam Perjanjian itu akan kekal sama,” kata Trump.
Menurut perintah itu, penangguhan itu sah sehingga 10 November namun tarif timbal balik sebanyak 10 peratus kekal berkuat kuasa sepanjang tempoh itu.
Sementara itu, China juga dilaporkan akan terus menangguhkan kenaikan tarif terdahulu selama 90 hari bermula 12 Ogos sambil mengekalkan duti sebanyak 10 peratus.