nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan jadikan isu bendera modal cetus gaduh, konflik kaum

23 OGOS  : Isu bendera kini dijadikan modal pihak tertentu untuk mencetuskan perbalahan serta ketegangan kaum di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan perkara itu ketika berucap pada Majlis Perasmian Kilang Pembuatan Kenderaan Perisai Mildef International Technologies, hari ini.

Katanya, meskipun bendera itu satu lambang kedaulatan negara yang wajib dihormati namun tidak wajar untuk menjadikannya sebagai alasan memicu pergaduhan.

“Jadi kadang-kadang bila kita aman, kita buat andaian sahaja. Ajak orang bergaduh, mahu bergaduh soal bendera…semua mahu gaduh dan ada yang menghangatkan suhu perpecahan antara kaum,” katanya ketika berucap di Sendayan.

Terdahulu, isu pemasangan Jalur Gemilang terbalik yang berlaku di beberapa kawasan mencetuskan kemarahan pelbagai pihak.

Dalam pada itu, kata Anwar meski penting untuk mempertahankan Jalur Gemilang namun tindakan perlu diambil sewajarnya.

“Jangan salah faham, saya tidak kata bendera itu tidak penting. Bendera itu tanda lambang kebanggaan negara jadi kena jaga.

“Kalau dulu silap-silap boleh kita maafkan tapi sekarang kalau ada lagi yang nampak lihat begitu, sama ada di jabatan kerajaan atau swasta, harus ada tindakan tetapi saya mahu sebutkan, jangan buat andaian semua ini baik, tidak betul,” katanya.

Beliau sempat menegaskan bahawa keamanan yang dikecapi hari ini perlu dihargai kerana ia hasil pengorbanan pasukan pertahanan negara.

“Negara ini aman kerana persiapan, perkhidmatan, pengorbanan pasukan pertahanan kita selama ini, tapi ia tidak akan kekal lama.

“Siapa jangka ada peperangan Thailand-Kemboja, siapa sangka pergaduhan di Myanmar berlarutan, bila ada pergaduhan itu dia melimpah juga ke Thailand, Bangladesh dan juga Malaysia.

“Sebab itu kita harus sentiasa bersedia. Jangan guna alasan ini untuk kaut kekayaan secara haram,” katanya.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Mengulas soal program itu, Anwar berkata kilang kenderaan perisai di Sendayan itu merupakan satu lagi mercu tanda dalam industri pertahanan negara.

“Ia antaranya menjadi lambang inovasi dan kepakaran temparan, selain menjadi simbol kedaulatan yang mengakar pada maruah bangsa.

“Malaysia tidak seharusnya secara berterusan bergantung pada perolehan dari luar, tetapi sebaliknya mesti membina kekuatan dalam negeri dengan prinsip tatakelola yang telus, kecanggihan teknologi dan penyelidikan yang berpaksi pada kekuatan jati diri bangsa,” katanya.

Sempena bulan kemerdekaan, beliau menegaskan bahawa keamanan tidak hadir dengan sendirinya sebaliknya, ia ditegakkan dengan pengorbanan para perwira dan perajurit bangsa selain dengan kepemimpinan yang menolak segala bentuk penyimpangan mahupun yang diam terhadap kecurangan.

“Aspek pertahanan adalah amanah dalam menjaga dan melindungi maruah negara, memelihara Selat Melaka dan Laut China Selatan serta mempertahankan keamanan rantau ini bersama sahabat-sahabat serantau.

“Justeru, saya tekankan bahawa kekuatan industri pertahanan tempatan harus berpadu dengan kesejahteraan rakyat.

“Bila bumbung ekonomi negara makin tinggi, lantainya juga mesti terangkat supaya pekerja dan keluarga turut menikmati hasilnya. Ini semangat yang Madani, yakni pertahanan yang kukuh, ekonomi yang makmur, rakyat yang sejahtera dan negara yang terus dihormati dunia,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.