nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Cadangan tangguh bacaan kedua RUU PSB tidak wajar

26 OGOS : Cadangan untuk menangguhkan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) dilihat tidak wajar dilakukan selepas ia melalui proses libat urus yang komprehensif.

Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Datuk Dr Alias Rameli berkata sebanyak 108 sesi libat urus dilaksanakan bagi PSB yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan.

“Soal penangguhan bagi kita kurang wajar kerana sesi libat urus bersama tokoh-tokoh akademik, badan-badan profesional, persatuan-persatuan penduduk, penduduk, pegawai kerajaan yang terlibat dengan pelbagai undang-undang sudah dibuat secara komprehensif.

“Kita tidak nampak kenapa ia perlu lagi penangguhan untuk sesi (Parlimen) akan datang kerana saya rasa sudah melalui sesi libat urus yang memenuhi sebahagian besar kehendak.

“Cuma ada beberapa NGO (badan bukan kerajaan) yang memberi pandangan tertentu. memang tak akan lengkap sepenuhnya…satu, dua perkara melibatkan perbezaan pandangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media, hari ini.

Bacaan RUU itu yang dijadualkan pada Khamis dibantah ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, hari ini melalui satu memorandum.

Dalam pada itu, Alias menekankan bahawa RUU itu bukan soal kuasa namun ia soal kesejahteraan dan keselesaan kepada rakyat.

“Kita nak pastikan kediaman-kediaman yang daif, usang dan ada elemen kemiskinan bandar. Kalau kita lihat secara spesifiknya (Flat Taman) Desa Bakti, usianya 31 tahun, selepas itu kita pergi kepada Flat Kucai Jaya, usianya 30 tahun, begitu daif dan miskin.

“Jadi tak kan kita nak biarkan struktur bangunan yang di akhirnya mungkin tidak selamat, yang tidak memberi keselesaan kepada penduduk sedia ada…saya rasa itu bukan pilihan dalam konteks mana-mana kerajaan untuk membangunkan, untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat khususnya kepada penduduk yang tinggal di kawasan yang usang dan daif,” katanya.

Selain itu, beliau turut menekankan bahawa RUU itu bukan digubal bagi menggantikan peruntukan atau undang-undang sedia ada malah ia juga tidak akan menjejaskan sebarang hak keistimewaan orang Melayu.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.