nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hantar e-mel ugut wakil rakyat, pelaku diburu : Fahmi

15 OGOS : Kerajaan memburu pelaku yang menghantar mesej berbaur ugutan kepada sembilan ahli Parlimen Malaysia.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata kesemua e-mel tersebut menggunakan ayat yang hampir sama yang dihantar melalui alamat e-mel sama.

“Kerajaan mengambil maklum laporan mengenai beberapa wakil rakyat menerima e-mel berunsur ugutan yang disertakan dengan tangkap layar video palsu berasaskan kecerdasan buatan (AI).

“Hasil semakan mendapati e-mel berkenaan menggunakan ayat yang hampir sama disertakan dengan tangkap layar serupa dan dipercayai dihantar daripada alamat e-mel yang sama,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan, pelaku mengugut melalui kandungan e-mel tersebut mengugut untuk menyebarkan video palsu berkenaan sekiranya penerima tidak membuat bayaran sebanyak AS$100,000.

Antara wakil rakyat yang menerima e-mel berkenaan Datuk Seri Rafizi Ramli (Pandan), Wong Chen (Subang) Taufiq Johari (Sungai Petani), Adam Adli (Timbalan Menteri Belia dan Sukan), Najwan Halimi (Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor), Senator Manolan Mohamad (Dewan Negara), Wong Chia Zen (Ahli Dewan Undangan Negeri Kulim), Dr Fahmi Ngah (Exco Agama Islam & Pembudayaan Inovasi Selangor) dan Fahmi sendiri.

Dalam pada itu, Fahmi menegaskan pihak berkuasa sedang mengesan penjenayah tersebut.

“Kerajaan memandang serius insiden ini dan saya telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan dan menjejak penjenayah yang menghantar e-mel ugutan tersebut melalui aplikasi Gmail (syarikat Google),” katanya.

Beliau turut menegaskan Kerajaan MADANI tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyalahgunakan teknologi dan rangkaian komunikasi untuk mengugut atau memperdaya rakyat.

“Kerajaan menegaskan bahawa menghantar komunikasi jelik dengan niat mengugut adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Tindakan ini juga boleh disiasat di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

“Segala usaha akan digembleng bagi memastikan penjenayah dibawa ke muka pengadilan demi menjamin keselamatan masyarakat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.