14 NOV : Hujan lebat yang melanda beberapa bahagian wilayah Makkah pada 12 November menyebabkan banjir kilat.
Dalam kejadian itu beberapa jalan ditenggelami air hingga menyebabkan gangguan trafik.
Sementara kawasan sekitar Masjidil Haram dilanda angin kencang.
Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi mengeluarkan amaran merah susulan hujan lebat, ribut petir, hujan batu dan risiko banjir kilat sehingga lewat malam.
Pihak berkuasa turut memberi amaran mengenai angin kencang, hujan batu, ombak tinggi dan risiko banjir kilat.
Beberapa kawasan juga dilapor mencatatkan kelajuan angin sehingga 50 km/j, manakala ombak mencecah 2.5 meter.
Kejadian itu menyusul selepas hujan lebat besar pada 2024 yang menenggelamkan sebahagian Asia Barat.
Fenomena cuaca tidak menentu itu juga dijangka memberi kesan kepada beberapa negara berhampiran termasuk Mesir, Iraq, Jordan, Syria, Lebanon, Palestin dan Kuwait.