nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ketua Pembangkang Singapura, Pritam dilucut jawatan serta-merta

15 JAN : Pritam Singh dilucutkan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, hari ini.

Dilaporkan keputusan itu dibuat sehari selepas Parlimen meluluskan undi untuk menyatakan kekesalan terhadap tingkah laku Pritam.

Usul itu menegaskan sabitan jenayah dan kelakuan Ketua Parti Pekerja itu menjadikan beliau tidak lagi layak untuk terus menjawat tugas itu.

“Setelah mempertimbangkan perkara ini dengan teliti, saya memutuskan sabitan jenayah Encik Pritam apabila digabungkan dengan pandangan Parlimen mengenai ketidaksesuaian beliau, menyebabkan kedudukannya untuk terus kekal sebagai Ketua Pembangkang tidak lagi boleh dipertahankan.

“Oleh itu, pelantikan Encik Pritam sebagai Ketua Pembangkang ditamatkan berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Wong, keputusan tersebut perlu diambil demi menjunjung kedaulatan undang-undang serta memelihara maruah dan integriti Parlimen Singapura.

Terdahulu, Pritam disabit bersalah Mahkamah Daerah atas dua pertuduhan berbohong kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP).

Rayuannya ke Mahkamah Tinggi pada Disember 2025 turut ditolak, menjadikan keputusan itu muktamad.

Kes berkenaan berpunca daripada keterangannya di hadapan COP, yang ditubuhkan pada November 2021 bagi menyiasat kontroversi pembohongan melibatkan bekas Ahli Parlimen Parti Pekerja, Raeesah Khan.

Wong berkata beliau menjemput Parti Pekerja untuk mencalonkan seorang lagi ahli Parlimen bagi mengisi jawatan Ketua Pembangkang itu.

“Saya berharap dapat menerima pencalonan mereka dalam masa terdekat supaya jawatan penting dalam sistem demokrasi berparlimen kita ini tidak dibiarkan kosong terlalu lama,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.