Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 buka tirai
19 JAN : Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 di Parlimen, hari ini.
Baginda menyampaikan Titah Diraja dengan menyentuh beberapa isu utama termasuk bahasa Melayu, rasuah pembentukan Malaysia, reformasi institusi dan kemudaratan dalam talian.
Baginda turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Perpaduan atas kejayaan Malaysia melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun lalu.
Selain itu, merakamkan penghargaan terhadap keupayaan negara mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif dengan KDNK 5.7 peratus.
Sidang Parlimen pertama bagi tahun ini akan dimulakan dengan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja disusuli dengan sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQT) yang dijadualkan berlangsung esok.
Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari dengan perbahasan usul selama tujuh hari dan diteruskan dengan sesi jawapan menteri berkaitan pada minggu ketiga persidangan bermula pada 4 hingga 10 Februari sebelum pembentangan RUU serta urusan kerajaan yang lain bermula pada 11 Februari hingga 3 Mac.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA