nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MCMC panggil China Press, siasat laporan palsu berkait Titah Diraja

20 JAN : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan sudah memanggil wakil akhbar China Press untuk dirakam keterangan.

Ia berikutan kandungan laporan yang didakwa berunsur palsu berkait Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, semalam.

“MCMC telah menerima aduan rasmi daripada orang awam berhubung kandungan dalam talian terbitan China Press yang didakwa berunsur palsu melibatkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semasa Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen, semalam.

“Pihak China Press telah dipanggil ke ibu pejabat MCMC untuk rakaman keterangan petang ini,” menurut MCMC dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, akhbar itu didakwa sedang disiasat susulan kandungan dalam talian yang didakwa mengandungi kesilapan terjemahan titah Agong semasa Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15, semalam.

Difahamkan kesilapan terjemahan titah itu berkait isu bahasa Melayu yang disentuh Sultan Ibrahim dalam Titah Diraja itu.

Dalam pada itu, MCMC memaklumkan satu kertas siasatan dibuka dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan komunikasi yang berpotensi menyebabkan kekeliruan awam serta menjejaskan keharmonian masyarakat.

Sementara itu, MCMC turut menggesa orang ramai agar menyalurkan sebarang aduan atau maklumat berkaitan kandungan dalam talian secara rasmi melalui saluran aduan MCMC di portal aduan.mcmc.gov.my, bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil berdasarkan fakta dan proses yang sah.

Selain itu, MCMC turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi, komen melampau atau kenyataan bersifat fitnah, khususnya di media sosial dan memberi ruang kepada proses siasatan yang sedang berjalan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.