nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Silap terjemah titah Agong, MCMC rakam keterangan China Press

22 JAN : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius sebarang penerbitan melibatkan titah Yang di-Pertuan Agong dan perkara berkaitan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Kenyataan itu susulan penerbitan sebuah akhbar dalam talian yang didakwa melaporkan maklumat palsu berkait titah Sultan Ibrahim semasa Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen, semalam.

Justeru itu, MCMC mengingatkan semua organisasi media agar melaksanakan semakan fakta secara teliti dan mematuhi prinsip kewartawanan bertanggungjawab.

Susulan laporan media tersebut, MCMC memaklumkan sudah merakam keterangan Ketua Editor dan Pengarang Dalam Talian China Press.

“Ia berkaitan satu kandungan terbitan media tersebut yang dipercayai melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang disiarkan melalui akaun rasmi China Press di platform media dalam talian.

“Siasatan dijalankan susulan laporan yang diterima terhadap kandungan berkenaan yang didakwa mengandungi maklumat palsu berkait titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semasa Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen, khususnya berhubung kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang berpotensi menimbulkan kekeliruan awam,” menurut suruhanjaya itu dalam kenyataan, hari ini.

Menurut MCMC, penelitian awal mendapati kandungan tersebut membawa maksud berbeza daripada titah sebenar baginda sekali gus boleh mencetuskan persepsi tidak tepat terhadap institusi diraja serta kepentingan nasional.

Susulan itu, beberapa peralatan dan bahan berkaitan turut disita untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, akhbar itu didakwa sedang disiasat susulan kandungan dalam talian yang didakwa mengandungi kesilapan terjemahan titah Agong semasa Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15, semalam.

Difahamkan kesilapan terjemahan titah itu berkait isu bahasa Melayu yang disentuh Sultan Ibrahim dalam Titah Diraja itu.

Dalam titah itu, baginda menyentuh tentang sebarang usaha membuat sistem pendidikan yang baharu perlu dibuat selari dasar pendidikan kebangsaan dan mengutamakan bahasa Melayu.

“Sistem pendidikan negara juga perlu terus diperkasa sebagai pembinaan bangsa, jati diri dan masa hadapan negara. Jika hendak membuat sistem pendidikan yang baharu, ia mesti dibuat selari dengan dasar pendidikan kebangsaan dan Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa utama kerana ia adalah bahasa kebangsaan.

“Oleh itu, sebarang usul untuk mengiktiraf apa juga sistem pendidikan lain, mesti terima bahasa Melayu dan sejarah Malaysia. Kalau ada yang tidak terima Bahasa Melayu lebih baik jangan duduk di Malaysia,” titah baginda.

Difahamkan, terjemahan dibuat melibatkan perkataan ‘tidak terima Bahasa Melayu’ kepada ‘tidak faham bahasa Melayu’

*FOTO : MCMC

Get real time updates directly on you device, subscribe now.