29 JAN : China menjatuhkan hukuman mati terhadap 11 ahli sindiket penipuan telekomunikasi besar yang beriperasi di utara Myanmar, hari ini.
Hukuman itu diputuskan selepas proses perbicaraan yang panjang.
Pada September 2025, mahkamah di Wenzhou menjatuhkan hukuman tersebut atas pelbagai kesalahan termasuk pembunuhan dengan niat, mencederakan dengan niat, penahanan haram, penipuan dan mengendalikan kegiatan perjudian.
Rayuan dikemukakan terhadap keputusan itu namun pada November 2025 Mahkamah Tinggi Rakyat Wilayah Zhejiang menolak rayuan tersebut dan mengekalkan keputusan asal.
Kes itu kemudiannya dirujuk ke Mahkamah Agung Rakyat (SPC) untuk semakan dan hukuman itu kemudiannya diluluskan.
Sejak 2015, kumpulan jenayah itu menubuhkan beberapa pangkalan operasi di Myanmar bagi menjalankan penipuan telekomunikasi, mengendalikan sarang perjudian haram serta melakukan jenayah lain.
Dana yang terlibat dalam kegiatan penipuan dan perjudian itu melebihi 10 bilion yuan (kira-kira AS$1.4 bilion).
Sindiket itu juga melakukan pembunuhan, serangan fizikal dan penahanan haram menyebabkan kematian 14 warga China.