30 JAN : Presiden Indonesia, Prabowo Subianto didesak menarik diri daripada menganggotai Lembaga Keamanan yang digagas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Seruan itu dikemukakan Majlis Ulama Indonesia (MUI) susulan keputusan itu dianggap tidak berpihak kepada rakyat Palestin.
“Dalam lembaga berkenaan ada Netanyahu, yang jelas menjajah dan tidak ada negara Palestin,” kata Timbalan Ketua Umum MUI, Cholil Nafis dalam satu kenyataan rasmi.
Cholil turut membangkitkan kejanggalan di mana Indonesia wajib membayar sumbangan AS$1 bilion (RM4.05 bilion) bagi keanggotaan.
“Anehnya lagi, Indonesia masih ditarik bayaran keanggotaan. Baiknya Pak Prabowo menarik diri saja,” katanya.
Indonesia secara rasmi menyertai Lembaga Keamanan Trump pada 22 Januari lalu ketika.
Sementara itu, Ketua MUI Bidang Hubungan Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa, Sudarnoto Abdul Hakim menilai inisiatif Trump sebagai neokolonialisme moden.
Kata Sudarnoto, isu Palestin bukan konflik biasa sebaliknya ia penjajahan, perampasan hak asas, pelanggaran undang-undang kemanusiaan dan jenayah yang sistematik.
*FOTO : FACEBOOK PRABOWO SUBIANTO