24 FEB : Pencalonan pengulas konservatif, Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke ke Malaysia dilaporkan sudah ditarik balik.
Keputusan itu dibuat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Setakat ini, duta ke Australia juga masih belum dinamakan.
Julai tahun lalu, pencalonan Adams yang juga penyokong kuat gerakan ‘Make America Great Again’ (MAGA) ke Malaysia mendapat reaksi yang pelbagai terutama daripada pemimpin di negara ini.
Namun, pencalonan itu tidak pernah disahkan Senat dan terbatal pada penghujung tahun.
Selain itu, nama penulis juga tiada dalam senarai pencalonan yang dikemukakan semula kepada Senat pada Januari lalu termasuk bagi jawatan duta ke Hungary, Norway dan Filipina.
Namanya juga tidak dimasukkan dalam satu lagi senarai yang dihantar bulan ini.
Adams ditolak pelbagai pihak susulan sokongannya kepada Israel termasuk rekod kenyataan-kenyataannya yang kontroversial sebelum ini.