nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan tarik sokongan

28 APR : Pakatan Harapan (PH) menzahirkan rasa kesal atas tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil berkata tindakan menarik sokongan daripada kerajaan negeri itu jelas tidak menghayati semangat Kerajaan Perpaduan.

“PH menolak keras langkah pengkhianatan yang dilakukan UMNO-BN Negeri Sembilan untuk cuba menebuk atap dan mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, apatah lagi alasan tindakan 14 ADUN berkenaan tidak terkait sama sekali dengan prestasi Menteri Besar (Datuk Seri Aminuddin Harun).

“Tindakan UMNO BN Negeri Sembilan ini dilakukan tanpa mempedulikan kebajikan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, 14 ADUN BN mengumumkan menarik balik sokongan terhadap kerajaan negeri selepas hilang kepercayaan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata mereka kecewa terhadap isu yang melibatkan krisis perlembagaan Negeri Sembilan apabila tiada wakil UMNO-BN dalam barisan Exco dilibatkan atau dimaklumkan tentang krisis tersebut.

DUN Negeri Sembilan memiliki 36 kerusi dengan BN mewakili 14 kerusi, Pakatan Harapan 17 kerusi (DAP 11, PKR 5 dan Amanah 1) yang membentuk Kerajaan Perpaduan sementara pembangkang 5 kerusi iaitu PAS 3 dan Bersatu 2.

Dalam pada itu, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata lebih mengecewakan tindakan itu dilakukan ketika Kerajaan Perpaduan dan negara berdepan dengan krisis bekalan global dan berusaha menguruskan ekonomi serta mengurangkan beban yang dihadapi rakyat.

Dalam kenyataan sama, Fahmi berkata PH memberi komitmen seperti yang disembah maklum Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bahawa pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan Aminuddin berjalan seperti biasa.

“PH akan kekal memberi kerjasama kepada kepimpinan kerajaan negeri demi kestabilan ekonomi negeri dan kebajikan rakyat.

“PH juga akan terus mempertahan peranan dan fungsi institusi Raja-Raja Melayu,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.