nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia MADANI perkukuh nilai ihsan, adab, kemanusiaan

23 MEI : Gagasan Malaysia MADANI yang dibawa kerajaan hari ini bertujuan memperkukuh kembali nilai ihsan, adab dan kemanusiaan sebagai teras utama pembinaan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengimbau detik awal pembentukan Malaysia di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman yang dibina atas semangat ‘Bersekutu Bertambah Mutu’.

“Negara ini sejak awal di bawah pimpinan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dibina atas semangat “Bersekutu Bertambah Mutu”. Kepelbagaian dan perbezaan bukan perkara baharu, malah menjadi asas pembentukan Malaysia sejak merdeka.

“Islam ditetapkan sebagai agama Persekutuan dan masyarakat Melayu serta Bumiputera sebagai majoriti. Namun sejak awal juga, negara ini dibangunkan dengan sikap saling menghormati dan memuliakan kepelbagaian kaum serta agama.

“Saya turut menegaskan bahawa gagasan Malaysia MADANI kembali memperkukuh nilai ihsan, adab dan kemanusiaan yang menjadi teras pembinaan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran selepas menghadiri Wacana Harmoni MADANI sempena sambutan Hari Wesak yang dianjurkan, hari ini.

Penganjuran itu mengangkat tema persefahaman, nilai kemanusiaan serta keharmonian antara masyarakat pelbagai agama dan kaum di negara ini.

Dalam pada itu, Anwar menekankan budaya dialog dan wacana antara agama perlu terus diperkasakan bagi mengelakkan masyarakat terus dibelenggu politik kebencian dan perpecahan.

“Sebab itu budaya wacana dan dialog antara agama mesti terus disuburkan, bukannya setiap hari mencari isu untuk meniup kebencian, menakut-nakutkan rakyat dan memecahkan masyarakat demi laba politik sempit.

“Sudah sampai ketikanya rakyat yang sederhana dan cintakan keamanan bersuara mempertahankan perpaduan negara.

“Jangan kita biarkan ‘tyranny of the minority’ atau kelompok kecil yang gemar memainkan sentimen perkauman dan fitnah merosakkan masa depan Malaysia yang dibina atas semangat saling menghormati dan hidup bersama,” katanya.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.