nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

CPC imbang akses Internet, keselamatan kanak-kanak

25 MEI: Malaysia akan melaksanakan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) bermula 1 Jun sebagai usaha memperkukuh perlindungan keselamatan kanak-kanak dalam ruang digital.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjelaskan kod ini bertujuan memastikan platform digital lebih selamat, bertanggungjawab dan bersesuaian dengan umur pengguna kanak-kanak.

Antara penjelasan utama dalam dokumen Soalan Lazim (FAQ) CPC ialah perlindungan ini tidak bertujuan untuk menyekat akses Internet kanak-kanak atau menafikan penggunaan teknologi, sebaliknya untuk mengimbangi akses digital dengan keselamatan dan kawalan yang lebih baik dengan tanggungjawab dikongsi antara platform, ibu bapa dan penjaga.

Had umur minimum 16 tahun bagi pendaftaran akaun media sosial ditetapkan kerana pada usia ini remaja secara umum lebih mampu menilai risiko, mengurus interaksi dalam talian dan membuat keputusan dengan lebih matang.

Selain itu, pengguna bawah 16 tahun tidak dibenarkan membuka akaun baharu manakala pengguna sedia ada perlu menjalani pengesahan umur bagi memastikan pematuhan kepada keperluan baharu ini.

Dalam pada itu, pelaksanaan ini juga turut menuntut platform media sosial diwajibkan menggunakan mekanisme pengesahan umur berasaskan dokumen rasmi seperti MyKad atau pasport.

Pendekatan ini bersifat neutral teknologi serta memberi fleksibiliti kepada platform untuk memilih kaedah paling sesuai selagi memenuhi keperluan keselamatan, ketepatan dan perlindungan data.

Pada masa sama, MCMC menegaskan semua data peribadi yang dikumpul hanya boleh digunakan untuk tujuan pengesahan umur dan perlu diproses mengikut undang-undang perlindungan data Malaysia.

Keperluan ini turut terpakai kepada platform berlesen yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna di Malaysia seperti Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.

Platform yang berdaftar diwajibkan menyediakan ciri keselamatan mengikut umur, sistem pelaporan kandungan memudaratkan yang mudah diakses serta tindakan segera terhadap aduan pengguna khususnya melibatkan kanak-kanak.

Selain itu, tetapan privasi kanak-kanak perlu diletakkan pada tahap perlindungan tertinggi secara lalai termasuk sekatan komunikasi daripada pengguna dewasa yang tidak dikenali.

Sistem carian dan saranan kandungan juga perlu dikawal supaya tidak mempromosikan kandungan berbahaya kepada pengguna kanak-kanak manakala reka bentuk manipulatif yang boleh mendorong penggunaan kompulsif adalah dilarang.

Penyedia platform juga perlu memastikan algoritma tidak mengeksploitasi emosi atau tingkah laku kanak-kanak yang masih berkembang.

Dari aspek pengurusan akaun, pengguna kanak-kanak sedia ada turut diwajibkan melalui pengesahan umur dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan sekatan akses akaun atau ciri tertentu.

Platform tidak dibenarkan mengumpul data berlebihan sebaliknya hanya maklumat minimum diperlukan untuk proses pengesahan.

Ibu bapa dan penjaga tidak dikenakan tindakan undang-undang, namun digalakkan memainkan peranan aktif dalam memantau aktiviti digital anak-anak, menetapkan batas penggunaan serta menggunakan alat kawalan ibu bapa.

Mereka juga digalakkan mendidik anak mengenai keselamatan dalam talian dan tingkah laku digital yang bertanggungjawab.

Sekiranya platform gagal mematuhi CPC, MCMC boleh mengambil tindakan kawal selia termasuk penalti kewangan sehingga RM10 juta selepas sabitan di bawah ONSA.

Selain itu, platform perlu menyediakan mekanisme pelaporan yang mudah diakses serta memastikan tindakan segera terhadap kandungan memudaratkan dan mengelakkan pendedahan berulang kepada kandungan tersebut.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan CPC merupakan pendekatan menyeluruh kerajaan dalam memperkukuh keselamatan dalam talian melalui gabungan kawal selia platform, perlindungan data, reka bentuk teknologi yang lebih selamat serta peranan aktif ibu bapa dan pendidikan digital di Malaysia.

OLEH: AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.