nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan lupa 13 Mei detik sejarah hitam negara

1 JUN : Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan seluruh rakyat tentang peristiwa hitam 13 Mei 1969 yang tercetus gara-gara hilangnya rasa hormat terhadap bangsa lain.

Justeru itu, baginda bertitah bahawa perpaduan adalah asas kekuatan negara.

“Bagi menjamin kemajuan ekonomi, keharmonian kaum dan kestabilan negara, rakyat haruslah bersatu hati, bertolak ansur, dan saling hormat menghormati serta berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara.

“Jangan kita lupa sejarah hitam negara, peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang tercetus apabila ada pihak yang bertindak keterlaluan, menghina orang lain dan hilang rasa hormat kepada bangsa dan ketuanan negara ini,” titah baginda melalui kenyataan di Facebook rasmi.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim bertitah menegaskan pengenalan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 itu sebagai aku janji dan ikrar seorang warganegara Malaysia bagi membina semula perpaduan kaum dan menjamin keharmonian masyarakat.

“Saya menyeru semua pihak agar menghayati prinsip Rukun Negara dan menjadikannya amalan dan garis panduan hidup rakyat Malaysia. Malah sejak di bangku sekolah lagi, semua pelajar telah dididik untuk membaca ikrar ini.

“Oleh yang demikian, jika ada mana-mana rakyat Malaysia yang tidak mahu mengikut prinsip tersebut, maka dia tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia,” titah baginda.

*Foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Get real time updates directly on you device, subscribe now.