nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong sempena hari keputeraan

5 JUN : Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, hari ini.

Istiadat itu antara acara rasmi sempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong bagi tahun ini.

Turut berangkat mengiringi baginda, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Menurut hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda menerima hormat diraja dengan alunan lagu Negaraku dimainkan.

Sebanyak 21 das tembakan kehormatan turut dilepaskan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) diketuai Mejar Hafizah Mat Ghani.

Baginda turut berkenan memeriksa perbarisan yang terdiri daripada 25 pegawai dan 510 anggota ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM diketuai Pegawai Memerintah Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Leftenan Kolonel Azlan Shah Baharom.

Panji-Panji merupakan satu penghormatan dan lambang kemegahan, semangat serta ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi ATM terhadap Raja dan Negara.

Dalam era moden, Panji-Panji serta upacara mengaraknya menyumbang kepada lambang perhubungan sesuatu pasukan atau ketumbukan dengan institusi Diraja dan kerajaan di bawah naungan baginda.

Dari sudut sejarah, Panji-Panji berasal daripada bendera yang digunakan suatu ketumbukan angkatan tentera pada zaman dahulu.

Istiadat Mengarak Panji-Panji diadakan tiga kali dalam tempoh lima tahun pemerintahan bagi setiap Raja Melayu yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong iaitu bagi tahun pertama, tahun ketiga dan tahun terakhir pemerintahan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.