nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pengeluaran minyak mentah, kondensat menyusut 5.5% suku pertama 2026

5 JUN : Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan pengeluaran minyak mentah dan kondensat merekodkan penyusutan 5.5 peratus (%) tahun ke tahun pada suku pertama 2026.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pengeluaran sebanyak 43.0 juta tong direkodkan tahun ini berbanding 45.5 juta tong dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

“Penurunan ini dipengaruhi oleh pengeluaran minyak mentah yang terus mencatatkan penguncupan 9.4% dengan jumlah pengeluaran berkurang kepada 28.1 juta tong berbanding 31.5 juta tong yang direkodkan sebelumnya.

“Walau bagaimanapun, pengeluaran kondensat menunjukkan pertumbuhan 3% kepada 14.9 juta tong berbanding 14.4 juta tong pada suku pertama 2025,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

DOSM melaporkan keluaran Statistik Perlombongan Petroleum dan Gas Asli, Suku Pertama 2026, hari ini.

Sementara itu, katanya, dari segi komposisi, minyak mentah menyumbang 65.4% daripada jumlah pengeluaran minyak mentah dan kondensat manakala kondensat merangkumi 34.6%.

“Gas asli pula merekodkan pengeluaran sebanyak 765.8 bilion kaki padu, menyusut 2.1% berbanding negatif 1% pada suku sebelumnya.

“Namun demikian, prestasi bulanan sepanjang suku pertama 2026 menunjukkan kadar perubahan yang lebih tinggi pada Mac berbanding dua bulan terdahulu,” katanya.

Kenyataan tersebut juga menyatakan purata harga Lifting Berpemberat (WALP) bagi minyak mentah dan kondensat di Malaysia melonjak kepada AS$84 per tong pada suku pertama 2026 (ST4 2025: AS$66.1 per tong).

Peningkatan itu selari dengan aliran kenaikan global harga WTI dan Brent, masing-masing melonjak kepada AS$72.0 per tong (ST4 2025: AS$59.6 per tong) dan AS$80.2 per tong (ST4 2025: AS$63.6 per tong).


Mengulas mengenai prestasi perdagangan luar negara, Mohd Uzir berkata nilai eksport petroleum mentah dan kondensat berkurang kepada RM5.2 bilion pada suku pertama 2026 berbanding RM6.1 bilion pada suku tahun sebelumnya.

“Penurunan ini selari dengan eksport Keluaran petroleum bertapis yang turut merekodkan pengurangan marginal kepada RM22.9 bilion berbanding RM23.9 bilion pada suku sebelumnya.

“Pada masa yang sama, eksport Gas asli cecair (LNG) turut merekodkan penurunan kepada RM12.9 bilion pada suku ini berbanding RM13.6 bilion pada suku sebelumnya,” katanya.

Menurutnya lagi, import petroleum mentah dan kondensat mencatatkan penurunan kepada RM7.3 bilion pada suku pertama 2026 berbanding RM11.5 bilion yang direkodkan pada suku sebelumnya.

“Import keluaran petroleum bertapis turut merekodkan penyusutan kepada RM22.3 bilion berbanding RM22.8 bilion pada suku keempat 2025.

“Sementara itu, import gas asli cecair juga berkurang kepada RM1.3 bilion berbanding RM1.6 bilion yang direkodkan pada suku sebelumnya,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.