9 JUN : PAS memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu yang dijalin bagi membentuk Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata ketetapan itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada Isnin.
Beliau berkata mesyuarat khas berkenaan memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun 2026 berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS, atas prinsip penyatuan ummah.
“(Mesyuarat) meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik PAS-Bersatu berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa.
“(PAS) menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu, malam tadi.
Dalam pada itu, Abdul Hadi kata mesyuarat khas itu juga memutuskan untuk meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya demi penyatuan ummah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16.
Selain itu, Abdul Hadi berkata mesyuarat itu turut menerima hasrat tokoh-tokoh akademik, profesional, pemimpin politik dan aktivis masyarakat untuk menyertai PAS.