13 JUN : Perjanjian damai bagi menamatkan konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dijangka bakal dimuktamadkan dalam tempoh 24 jam.
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif berkata pihaknya sedang bersiap sedia bagi proses menandatangani perjanjian itu secara elektronik.
“Kita kini lebih hampir kepada perjanjian damai berbanding sebelum ini.
“Dengan pemuktamadan yang dijangka dalam tempoh 24 jam akan datang, Pakistan sedang bersiap sedia untuk menandatangani perjanjian damai itu secara elektronik, diikuti rundingan peringkat teknikal minggu depan,” katanya menerusi hantaran di platform X.
Pakistan menjadi pengantara dalam rundingan damai itu.
Sharif menzahirkan keyakinan perjanjian damai bersejarah ini akan menjadi asas kukuh kepada keamanan yang berkekalan.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Washington dan Tehran atas komitmen berterusan terhadap proses damai itu.
Setakat ini, ketegangan masih berterusan apabila tentera AS dilaporkan berjaya menembak jatuh beberapa dron Iran yang didakwa menyasarkan kapal-kapal komersial di Selat Hormuz pada awal pagi ini.