nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Network School: Imigresen periksa 266 warga asing di Forest City

15 JUL : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memeriksa 266 warganegara asing di Network School, Forest City, semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata hasil semakan awal mendapati kesemua individu yang diperiksa memiliki dokumen imigresen yang sah berdasarkan rekod semasa.

“JIM melaksanakan naziran terhadap sebuah komuniti antarabangsa di Forest City, Johor pada 14 Julai 2026, melibatkan pemeriksaan ke atas 266 warganegara asing dari 40 buah negara.

“Naziran tersebut dilaksanakan bersama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor serta Polis Diraja Malaysia
(PDRM),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Zakaria berkata semakan dan siasatan lanjut diteruskan bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap syarat kemasukan serta peruntukan Akta Imigresen 1959/63 dan undang-undang berkaitan.

Katanya, JIM akan menjalankan siasatan lanjut terhadap mana-mana perkara yang menimbulkan
keraguan atau sekiranya terdapat maklumat baharu berkaitan penyalahgunaan identiti, dokumen perjalanan, kemudahan imigresen atau pelanggaran syarat pas yang dikeluarkan.

“Setiap kemasukan warganegara asing ke Malaysia adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang imigresen yang berkuat kuasa.

“Pemeriksaan di pintu masuk negara dilaksanakan berdasarkan dokumen perjalanan yang dikemukakan, semakan terhadap pangkalan data berkaitan serta rekod penguatkuasaan yang tersedia pada ketika
pemeriksaan dijalankan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan JIM tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang imigresen atau penyalahgunaan kemudahan imigresen.

“Mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan penguatkuasaan berdasarkan hasil siasatan dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“JIM akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta agensi-agensi berkaitan bagi memastikan setiap aspek yang berada di bawah bidang kuasa masing-masing disemak secara menyeluruh, profesional dan berlandaskan undang-undang demi memelihara keselamatan, kedaulatan dan kepentingan negara,” katanya.

Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menuntut pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap operasi tersebut susulan kebimbangan terdapat warga Israel menyertai program berkenaan menggunakan pasport negara kedua.

Isu Network School di Forest City itu tersebar di media sosial selepas ada pihak mendakwa ia berkait dengan penglibatan pihak yang pro-Israel.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.