nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Strategi Nabi Muhammad bangun pentadbiran kekal jadi rujukan

24 OGOS : Strategi Nabi Muhammad SAW dalam membangunkan pentadbiran baharu di Madinah lebih 14 abad lalu kekal menjadi rujukan dalam usaha membina negara berteraskan keadilan, keamanan serta kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha membangunkan negara majmuk di Asia Tenggara pada abad ke-21 bukan mudah berikutan pelbagai kemelut serta cabaran politik.

“Hari ini, strategi Baginda SAW kekal menjadi rujukan. Tentunya tidak mudah membangunkan sebuah negara majmuk di Asia Tenggara pada abad ke-21 ini dengan segala kemelut dan simpang-siur politiknya.

“Namun kita akan terus berusaha, selagi kudrat dan masa masih tersisa, bagi melakukan perubahan dan islah menggunakan kuasa yang diamanahkan Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar berkata, selepas usaha islah selama sedekad, Madinah yang dibangunkan Nabi SAW berjaya membentuk masyarakat dengan akal budi serta akhlak tinggi melalui kesedaran ketuhanan dan kematangan sosial.

Katanya, pertembungan antara Aus dan Khazraj di Yathrib yang sekian lama menggugat kestabilan berjaya dileburkan menerusi semangat perpaduan Ansar.

Beliau berkata, usaha itu penting bagi menghapuskan rasa curiga serta kegelisahan antara kaum yang boleh menghambat kemajuan.

“Selepas usaha islah penat lelah selama sedekad, Madinah yang Baginda suburkan dengan tatanan adil dan ihsan berhasil memaculkan rakyat dengan akal budi dan akhlak yang tinggi. Ternyata paradigma syariah telah merubah sahsiah dan minda mereka dengan kesedaran ketuhanan dan kematangan sosial.

“Pertembungan tajam Aus dan Khazraj yang sekian lama menggoncang Yathrib dilebur dalam semangat perpaduan Ansar demi kestabilan, menghapus curiga dan kegelisahan kaum yang menghambat kemajuan.

“Bukankah firman Allah SWT menjadi suatu pedoman yang jelas:

Dia yang memberi makanan bagi menghilangkan kelaparan, dan mengamankan mereka dari rasa ketakutan.’ (Surah Quraysh, ayat 4),” katanya.

Anwar berkata, keperluan asas yang terjamin serta keamanan nyata merupakan syarat penting bagi memastikan daruriyat dalam Maqasid Syariah terpelihara seperti diungkap Muhammad Imarah.

Menurut beliau, pentadbiran di Madinah memberi perhatian kepada golongan miskin serta lemah, selain memberi ruang kepada masyarakat berbeza.

“Keperluan asas harus terjamin dan keamanan nyata amat penting. Iktikad ini menjadi syarat terjaminnya daruriyat dalam Maqasid Syariah seperti yang diungkap Muhammad Imarah. Di Madinatun Nabi yang serba rahmah itu, yang miskin dibantu, yang lemah disantuni, yang berbeza masing-masing diberi ruang.

“Amalan monopoli disingkir demi pemerataan ekonomi yang lebih saksama, sementara utusan dihantar keluar dengan mesej membina tatanan yang lebih aman dan adil,” katanya.

Menurut Anwar lagi, setiap pemimpin pastinya mendambakan perkara terbaik buat seluruh rakyat, termasuk dirinya, selain berharap Malaysia terus diberkati dengan kasih sayang serta rezeki yang berkat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.