nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

55 rakyat Malaysia di Nepal masih belum dapat dihubungi

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Kementerian Luar Negeri terus memantau rapi perkembangan susulan banjir dan tanah runtuh di Daerah Rasuwa, Nepal, pada 26 Ogos 2026.

Kementerian telah memperluas tindak balas konsular bagi turut meliputi warganegara Malaysia yang terkandas di Republik Rakyat China akibat gangguan perjalanan susulan banjir dan tanah runtuh di Nepal. Seramai 72 rakyat Malaysia di Darchen, China, telah disahkan selamat dan berada dalam keadaan sihat.

Kedutaan Besar Malaysia di Beijing sedang berhubung dengan kumpulan tersebut dan ahli keluarga mereka juga mengetahui keadaan mereka. Kedutaan Besar sedang memberikan bantuan konsular, termasuk membantu urusan perjalanan mereka untuk meninggalkan Wilayah Autonomi Tibet, China.

Kementerian turut menerima maklumat daripada pihak berkuasa China dan ahli keluarga mengenai 36 rakyat Malaysia yang kini dilaporkan masih belum dapat dihubungi di kawasan yang mengalami gangguan telekomunikasi.

Kedutaan Besar Malaysia di Beijing sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa China dan ahli keluarga untuk menghubungi individu berkenaan. Maklumat yang diterima turut disemak dengan laporan mengenai rakyat Malaysia di Nepal bagi mengenal pasti sebarang pertindihan, sementara proses pengesahan diteruskan.

Di Nepal, 55 rakyat Malaysia masih dilaporkan belum dapat dihubungi. Dua rakyat Malaysia yang sebelum ini dilaporkan belum dapat dihubungi kini telah berjaya dihubungi, manakala pengesahan mengenai mereka yang masih belum dapat dihubungi sedang diteruskan.

Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu terus bekerjasama dengan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Kementerian Luar Negeri Nepal, Lembaga Pelancongan Nepal, agensi pelancongan dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan bagi mendapatkan kepastian mengenai keselamatan dan keberadaan mereka.

Operasi mencari dan menyelamat di Nepal masih diteruskan. Pihak berkuasa turut memantau risiko peningkatan aliran air dari Wilayah Autonomi Tibet, China. Setakat jam 5.00 petang waktu Nepal (7.15 malam waktu Malaysia) pada 28 Ogos 2026, National Disaster Risk Reduction and Management Authority of Nepal melaporkan bahawa 771 orang telah diselamatkan, termasuk 116 warganegara asing.

Berdasarkan senarai rasmi yang tersedia pada peringkat ini, tiada rakyat Malaysia dikenal pasti dalam kalangan warganegara asing yang telah diselamatkan.

Bilik Operasi Kementerian di Putrajaya telah beroperasi 24 jam sejak 27 Ogos 2026 bagi menyelaras maklumat dan membantu rakyat Malaysia di kawasan terjejas serta ahli keluarga mereka. Rakyat Malaysia di kawasan terjejas serta ahli keluarga yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Kementerian melalui saluran berikut:

BILIK OPERASI KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Nombor telefon: +603 8887 4570
E-mel: dutyofficer@kln.gov.my

Kementerian menggesa orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau berkongsi maklumat yang belum disahkan sementara usaha untuk mendapatkan kepastian mengenai keselamatan dan keberadaan rakyat Malaysia yang terlibat masih diteruskan.

Kementerian akan terus memberikan perkembangan terkini berdasarkan maklumat yang disahkan melalui saluran rasmi.

KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.