30 OGOS : Tentera Israel meletupkan sebuah pusat jagaan warga emas di bandar Houla, selatan Lubnan pada Sabtu.
Pusat jagaan sosial berkenaan terletak di daerah Marjayoun.
Selain itu, tentera rejim zionis itu turut merobohkan beberapa bangunan di kawasan antara bandar Markaba dan Rab El Thalathine dalam daerah sama.
Sementara itu, di daerah Nabatieh, sebuah dron Israel menyerang kawasan lapang antara Jarmaq dan Kfar Remman.
Bedilan artileri turut menyasarkan kawasan pinggir bandar Zawtar al-Gharbiyeh serta kawasan antara Haddatha dan Haris.
Perkembangan itu berlaku selepas Lubnan dan Israel mencapai perjanjian rangka kerja pada 26 Jun yang dimudahcara Amerika Syarikat (AS).
Perjanjian berkenaan memperuntukkan pengunduran tentera Israel secara berperingkat sebagai pertukaran kepada penempatan tentera Lubnan serta pelucutan senjata kumpulan bersenjata termasuk Hizbullah.