nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UMNO tetapkan 4 syarat kerjasama politik Melayu-Islam

9 SEPT : UMNO menetapkan empat syarat bagi sebarang usaha kerjasama politik dalam konteks penyatuan Melayu dan Islam, termasuk ia mesti berteraskan keikhlasan serta kepentingan strategik politik Melayu-Islam.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan Berkata, UMNO tidak mahu kerjasama itu hanya berlaku untuk tempoh tertentu, terputus-putus atau bermusim, apatah lagi digunakan mana-mana pihak untuk mengambil kesempatan terhadap kekuatan atau kelemahan parti.

Katanya, pengalaman lalu menyebabkan UMNO lebih berhati-hati dalam soal kerjasama politik Melayu-Islam kerana parti itu tidak mahu kembali dipermainkan atau diperlakukan seolah-olah mudah dipergunakan.

“Kerana ini UMNO amat berhati-hati dan tidak mahu pengalaman buruk, berulang. Pendirian UMNO sangat jelas. Anda ikhlaskan diri, kami juga akan ikhlaskan segalanya, insya-Allah.

“Justeru, penyatuan politik Melayu itu boleh berlaku pada bila-bila masa dan dalam apa-apa keadaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap bagi merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), malam ini.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, sebarang kerjasama politik bangsa Melayu perlu menjadikan UMNO sebagai asas serta tidak boleh mengetepikan aspirasi ‘Rumah Bangsa’ yang diperjuangkan parti itu.

“Apa-apa kerjasama politik bangsa Melayu tidak dimeterai dalam semangat dan aspirasi ‘Rumah Bangsa’, tidak akan menguntungkan kita. Ia mesti dinaungi UMNO dan menjadikan UMNO sebagai asas, tiang seri dan prinsip utuh yang mengikat semua kepada kepentingan Melayu.

“UMNOlah yang membidani kelahiran nasionalisme Melayu dan akan terus menjadi payung yang memayungi kesatuan bangsa Melayu untuk selamanya.

“Justeru janganlah berprasangka terhadap visi ‘Rumah Bangsa’ hanya kerana ia diilhamkan UMNO. UMNO tidak memerlukan perikatan politik baharu dan akan kekal dengan Barisan Nasional, kini dulu dan selamanya. Kita tidak suka diikat, juga mengikat. UMNO mahukan kebebasan bertindak sesuai perhitungan politiknya,” katanya.

Mohamad berkata kerjasama itu juga tidak seharusnya meletakkan UMNO dalam keadaan berhutang budi atau bergantung kepada parti lain bagi memastikan sokongan Melayu terus dipertahankan.

Menurutnya, UMNO akan terus membina kekuatan sendiri berdasarkan pengalaman politik parti itu, meskipun menghargai bantuan daripada mana-mana pihak sebelum ini.

“UMNO sudah dan akan membangunkan kekuatan tersendiri seperti sebelumnya, selain berterima kasih kepada pihak yang sudah membantu parti secara langsung atau sebaliknya.

“Namun, selama mana UMNO harus berharap kepada bantuan dan budi baik rakan politiknya? UMNO memiliki pengalaman tersendiri dan akan memanfaatkannya untuk membina ketumbukan sokongan ‘solid’ dan ampuh dalam kalangan bangsa Melayu.

“Mengharapkan ihsan dan bantuan, bukan sesekali fikrah UMNO. Fikrah UMNO ialah ia yang seharusnya memberi perlindungan dan naungan kepada bangsa Melayu, insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad menegaskan UMNO tidak menutup ruang untuk usaha menyatukan bangsa Melayu merentasi parti dan ideologi, malah bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan bangsa dan agama.

“Percayalah, sesiapa pun datang kepada UMNO dan menggagaskan kesatuan Melayu, kita akan menyambutnya dengan berlapang dada tetapi kerjasama mestilah ada kejelasannya,” katanya.

*FOTO : FACEBOOK BARISAN NASIONAL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.