nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Wakil rakyat PN terjejas jika RoS tolak rayuan

21 OKT : Kedudukan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memenangi kerusi menggunakan tiket Perikatan Nasional (PN) boleh terjejas sekiranya rayuan pembatalan pendaftaran gabungan itu ditolak.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata wakil rakyat terbabit tidak lagi boleh menggunakan nama PN dari sudut undang-undang sekiranya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menolak rayuan gabungan itu.

“Kalau Menteri KDN tolak rayuan, daripada segi undang-undangnya pada pandangan saya, kita bukan lagi atas nama PN. Sama ada Ahli Parlimen ataupun ADUN yang bertanding menggunakan logo PN.

“Keadaan ini berbeza di Kelantan dan Terengganu kerana calon PN bertanding menggunakan atas tiket PAS,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Ceramah Jelajah Himpunan & Munajat Panyatuan Ummah Parlimen Kubang Kerian, malam tadi.

Semalam, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membatalkan pendaftaran PN selepas penjelasan dikemukakan gabungan itu gagal menyangkal asas pembatalan yang dinyatakan dalam notis terdahulu.

Susulan itu, Takiyuddin berkata PN akan mengemukakan rayuan kepada Saifuddin Nasution dalam masa terdekat bagi mencabar keputusan berkenaan.

Menurutnya, beliau turut diminta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk memaklumkan perkembangan terkini mengenai status pendaftaran PN.

“Jadi kita akan beritahu kepada Speaker, kita akan merayu kepada Menteri Dalam Negeri,” katanya.

Takiyuddin berkata, sekiranya rayuan itu diterima dan keputusan RoS dibatalkan, PN boleh meneruskan penggunaan nama gabungan berkenaan.

“Kalau Menteri bersetuju membatalkan keputusan RoS ini, kita kekallah sebagai PN,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau mempersoalkan tindakan RoS membatalkan pendaftaran PN ketika permohonan semakan kehakiman berhubung perkara itu masih berjalan di mahkamah.

Menurutnya, pihak peguam PN akan membangkitkan isu berkenaan dalam prosiding mahkamah bagi mencabar kesahan tindakan RoS.

“Peguam kami akan hujah di mahkamah berhubung tindakan yang dibuat, pembatalan ini adalah tidak mengikut undang-undang. Itu kita akan hujah di mahkamah.

Beliau berkata, rayuan kepada Menteri Dalam Negeri dan prosiding mahkamah merupakan dua proses berasingan yang akan diteruskan oleh PN.

Isu berkenaan tercetus susulan aduan rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada RoS pada 11 Ogos lalu, antaranya berkaitan dakwaan parti itu tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai serta persoalan mengenai kedudukan keanggotaannya dalam gabungan berkenaan.

PN ditubuhkan pada Februari 2020 dan pada asalnya dianggotai Bersatu, PAS, Gerakan serta Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).

Gabungan itu kemudiannya menerima penyertaan parti baharu pada 2026, termasuk Parti Wawasan Negara dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) ketika hubungan antara PAS dan Bersatu berdepan kemelut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.