nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

10 bekas Exco N9 cabar pembatalan lantikan di Mahkamah Pesekutuan

21 OKT : 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penentuan berhubung kesahihan pembatalan pelantikan mereka oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, bulan lalu.

Permohonan itu difailkan pada 14 Oktober lalu menerusi firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Sembilan dinamakan sebagai responden.

Menerusi notis usul berkenaan, mereka memohon Mahkamah Persekutuan memutuskan tiga persoalan undang-undang berkaitan tafsiran dan kesan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Persoalan itu dibangkitkan susulan saman pemula yang difailkan mereka di Mahkamah Tinggi Seremban pada 5 Oktober lalu bagi mencabar kesahihan warta pembatalan pelantikan sebagai Exco kerajaan negeri.

Antara perkara utama yang mahu diputuskan ialah sama ada Yang di-Pertuan Besar mempunyai kuasa membatalkan pelantikan seseorang Exco tanpa nasihat Menteri Besar, berdasarkan tafsiran beberapa peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

Mereka turut memohon penentuan sama ada pembatalan pelantikan yang diwartakan pada 24 September lalu mematuhi perlembagaan negeri dan, jika tidak, sama ada tindakan itu terbatal serta tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang.

Sepuluh pemohon berkenaan ialah Datuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Zaifulbahri Idris, Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim, Datuk Mohd Asna Amin, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, Suhaimizan Bizar, Datuk Mohd Fairuz Mohd Isa dan Datuk Razali Abu Samah.

Pada 20 September lalu, Istana Negeri Sembilan mengumumkan bahawa Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan kesemua Exco berkenaan berkuat kuasa serta-merta.

Pembatalan itu kemudiannya diwartakan pada 24 September, dengan alasan mereka melanggar sumpah taat setia kepada Tuanku Muhriz selepas bersetuju untuk melucutkan baginda daripada jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.