nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Zahid ingatkan BN, menang Johor dan N9 bukan jaminan di Melaka

24 OKT : Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Johor dan Negeri Sembilan bukan jaminan parti itu mampu mengulangi kejayaan sama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jentera parti tidak boleh terlalu yakin atau leka dengan kejayaan terdahulu, sebaliknya perlu bekerja keras untuk meraih sokongan rakyat.

“Kemenangan di Johor, kemenangan di Negeri Sembilan, kedua-duanya menyuntik keyakinan, namun kemenangan di negeri lain bukan tiket automatik untuk kita menang di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon Barisan Nasional Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), malam ini.

Zahid berkata, BN perlu terus mendekati rakyat dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan anggota parti bagi memastikan kemenangan pada pilihan raya itu.

“Percayalah, kemenangan tidak datang bergolek. Kemenangan hanya akan menjadi milik kita apabila kita turun bekerja, menawan hati rakyat dan menyatukan sokongan rakyat bersama BN,” katanya.

Beliau berkata, BN sebelum ini mencatat kemenangan besar di Johor dengan memenangi 48 daripada 56 kerusi yang ditandingi secara solo, diikuti kejayaan memperoleh 18 kerusi di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan jentera BN supaya tidak menjadikan pencapaian itu sebagai alasan untuk berasa selesa ketika berdepan persaingan di Melaka.

Zahid turut mengimbas kemenangan BN pada PRN Melaka lalu apabila parti itu memperoleh 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, mandat besar yang diberikan rakyat ketika itu perlu dibalas melalui perkhidmatan terbaik serta pencapaian kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata, pentadbiran BN Melaka merekodkan lebih RM43 bilion pelaburan yang diluluskan bagi tempoh 2021 hingga 2025, selain menerima lebih 15.9 juta pelancong pada tahun lalu.

Sektor pelancongan negeri itu turut menjana pendapatan melebihi RM14.9 bilion, manakala nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Melaka mencecah RM50.3 bilion pada 2025.

Zahid berkata, pencapaian berkenaan mencerminkan usaha kerajaan negeri dalam memacu pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Tetapi hasil sentuhan kepimpinan BN, khususnya Datuk Seri Rauf, insya-Allah Melaka akan terus memberi nikmat kemajuan kepada rakyat negeri Melaka,” katanya.

*Foto : Facebook Asyraf Wajdi Dusuki

Get real time updates directly on you device, subscribe now.