nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mohd Shuhaily kembali bertugas

2 NOV : Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain kembali menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), hari ini selepas bercuti pada minggu lalu.

Beliau memulakan tugasan dengan mempengerusikan Mesyuarat Commander’s Call Bil. 3/2026 yang menghimpunkan semua pegawai kanan dan komander pintu masuk agensi berkenaan.

Menurut AKPS menerusi hantaran di Facebook rasminya, mesyuarat itu memberi tumpuan kepada Gerak Atur 2027.

“Kembali bertugas, meneruskan agenda strategik! Selepas bercuti pada minggu lalu, YDH CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Pengarah AKPS kembali memulakan tugasan hari ini dengan mempengerusikan Mesyuarat Commander’s Call Bil. 3/2026.

“Mesyuarat yang menghimpunkan semua Pegawai Kanan dan Komander Pintu Masuk AKPS ini memberi tumpuan kepada Gerak Atur 2027, khususnya dalam memperkukuh hala tuju strategik, kesiapsiagaan operasi serta keberkesanan kawalan dan perlindungan sempadan negara,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Dalam hantaran sama, AKPS turut menegaskan komitmen agensi berkenaan untuk terus memperkukuh kecekapan pengoperasian, integriti dan keselamatan pintu masuk negara.

“Fokus jelas. Gerak kerja diperkemas. Misi diteruskan,” menurut AKPS.

Beberapa keping gambar dimuat naik menunjukkan Mohd Shuhaily mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan Mohd Shuhaily dikembalikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jumaat lalu, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata penugasan baharu Mohd Shuhaily di PDRM masih belum diputuskan berikutan ia hanya boleh ditentukan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membolehkan beliau ditamatkan lebih awal daripada penempatan sebagai Ketua Pengarah agensi itu.

Mohd Shuhaily, 54 dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS bagi tempoh dua tahun, dari 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2027.

Beliau merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman selama tiga tahun sejak 2023 sebelum dipinjamkan menerajui AKPS.

Perhatian sebelum ini tertumpu padanya susulan video tular dan pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu.

Pada 21 Oktober lalu, Mohd Shuhaily, 54 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan tersebut.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kejadian itu berlaku pada 28 September lalu, ketika Mohd Shuhaily bersama pasukannya melakukan tinjauan kesiapsiagaan operasi AKPS di KLIA menjelang ketibaan delegasi dan kru Formula 1 Bahrain Grand Prix 2026.

Dalam tinjauan berkenaan, AKPS bersama pasukan Aviation Security (AVSEC) turut menjalankan operasi terhadap sindiket ‘ulat’ warga asing dan menahan seorang individu untuk pemeriksaan lanjut.

Ketika pemeriksaan itu, dua individu yang tidak terbabit dalam pasukan operasi dilaporkan merakam kejadian dan diarah memadamkan rakaman sebelum berlaku insiden tersebut.

Video yang kemudian tular pula disahkan sebagai rakaman sebenar daripada sistem CCTV KLIA, tetapi menurut AKPS, klip itu bukan daripada sumber asal kerana ia dipercayai dirakam semula menggunakan peranti lain sebelum disebarkan.

*Foto : Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia – AKPS

Get real time updates directly on you device, subscribe now.