nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

JAINJ siasat status perkahwinan Illi Najwa

21 DIS: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung status perkahwinan wanita Malaysia, Illi Najwa Saddique dengan kapten pasukan hoki negara India, Manpreet Singh Pawar.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanti berkata, siasatan itu termasuk dakwaan wanita tersebut yang sudah melangsungkan pernikahan di negara ini terlebih dahulu sebelum ke India.

Justeru itu, beliau meminta agar umat Islam di negeri ini supaya bersabar dan tidak menimbulkan tafsiran negatif terhadap isu perkahwinan pasangan terbabit kerana ia masih dalam siasatan JAINJ.

“JAINJ masih kumpulkan bukti sahih dan selain laporan pengesahan daripada Kementerian Luar. JAINJ sudah pun berhubung dengan Kementerian Luar berhubung perkara ini.

“Siasatan perlu dilakukan secara berhati-hati dan teliti kerana melibatkan pelbagai aspek. Selepas laporan siasatan penuh siap, ia akan disembah maklum kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Selepas diperkenankan baginda, kenyataan media akan dibuat,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan zakat perniagaan di Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru, hari ini.

Dalam pada itu, ditanya sama ada keluarga Illi Najwa sudah dipanggil bagi membantu siasatan atau sebaliknya, Tosrin memberitahu JAINJ masih belum memanggil keluarga wanita tersebut.

Terdahulu, Illi Najwa dalam satu kenyataannya semalam mengesahkan suaminya yang juga kapten hoki India, telah menganut agama Islam sejak akhir 2019 dan dia sendiri tidak pernah menukar agama.

Penjelasan wanita yang berasal dari Johor itu sekali gus menepis gosip yang berlegar dalam media sosial berhubung status agamanya berikutan hantaran Facebook yang menyatakan namanya sebagai ‘Navpreet Kaur’.

Illi Najwa memberitahu, mereka melangsungkan perkahwinan pada 16 Disember lalu dalam majlis tertutup dan telah ke India mengikut prosedur perjalanan yang sah dan sijil nikahnya akan diperoleh pada Rabu depan.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, wanita itu akan dipanggil pihak berkuasa setelah kembali ke negara ini.

Menurut beliau, setakat ini pihaknya masih menunggu maklumat rasmi daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) berhubung status sebenar agama wanita terbabit.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.