nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tidak Benar Persempadanan Semula Rugikan Bukan Islam

19 APRIL : PAS hari ini menyelar dakwaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang membuat andaian hasrat parti Islam itu membuat persempadanan semula sekiranya menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hanya akan merugikan masyarakat bukan Islam di negara ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan perkara itu sama sekali tidak benar dan langkah tersebut adalah untuk mengembalikan semula hak kepada rakyat yang ditindas selama ini.

“Hasrat PAS melakukan persempadanan semula sekiranya menang PRU15 adalah impian setiap parti, mana ada parti yang tidak mahu perluaskan penguasaan mereka. Ini realiti.

“Selain itu, ia juga menjadi hak rakyat di kawasan terlibat untuk persempadanan semula khususnya melibatkan negeri di pantai timur yang dizalimi begitu lama dari sudut keluasan dan jumlah Parlimen.

“Sebagai contoh Terengganu, sejak 1963 hanya ada lapan Parlimen sehingga kini. Kelantan ada 14 kerusi Parlimen, Kedah 15 dan Pahang 14. Ini merupakan satu perkara yang kita hendak betulkan dan kembalikan hak kepada rakyat,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara dan KPRJ Builders Sdn Bhd di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Iskandar Puteri, Johor, hari ini. 

Terdahulu, Guan Eng ketika berucap merasmikan Konvensyen Biasa DAP Melaka menyatakan hasrat Pas melaksanakan persempadanan semula seandainya menang dua per tiga dalam PRU15 adalah dasar aparteid yang menafikan hak bukan Islam.

Menurutnya, tindakan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana mengadakan persempadanan kawasan berdasarkan kaum dan agama.

 Mohd Khairuddin yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi memaklumkan hasrat PAS itu tidak sekali-kali akan merugikan masyarakat bukan Islam sebaliknya kenyataan Guan Eng hanyalah dakwaan pembangkang yang merasakan mereka akan mengalami kerugian.

Sementara itu, mengenai dakwaan Guan Eng bahawa PAS sebagai parti paling berbahaya dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau memberitahu partinya itu sememangnya merupakan parti paling berbahaya kepada DAP kerana perbezaan ideologi kedua-duanya.

“Betul, bahaya kepada DAP. Pas parti paling bahaya kepada DAP kerana ideologi DAP bertentangan dengan ideologi dibawa Pas, iaitu Parti Islam Semalaysia.

“Itulah yang menakutkan DAP dan bukan sekali mereka takut pada kita, tetapi dari dulu lagi,” katanya 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.