nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

1,300 diuji positif di akademi tentera

13 JULAI: Kira-kira 1,300 individu di sebuah akademi tentera di Jawa Barat, Indonesia disahkan positif COVID-19, kata seorang pegawai.

Maktab calon tentera Indonesia itu kini diletakkan dalam kuarantin di mana pada awalnya 30 individu dimasukkan ke hospital selepas menunjukkan gejala ringan, kata Ketua Pegawai Tentera, Jeneral Andika Perkasa.

Daripada 1,280 kes jangkitan itu, 991 adalah dalam kalangan kadet dan selebihnya kakitangan serta ahli keluarga mereka.

Sebahagian besar daripada mereka tidak menunjukkan sebarang gejala.

Seramai 17 individu masih berada di hospital. Wabak berkenaan dikesan selepas dua kadet mendapatkan rawatan kerana mengalami demam dan sakit belakang.

Kedua-duanya disahkan positif virus berkenaan menyebabkan ujian swab dijalankan secara besar-besaran di akademi itu yang menempatkan 2,000 kakitangan dan kadet.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa Indonesia melakukan lebih banyak ‘polymerase chain reaction’ (PCR) ke atas orang ramai yang disyaki dijangkiti COVID-19.

Ia berikutan jumlah kematian luar biasa tinggi dikesan dalam kalangan pesakit di bawah pemantauan (PDP) dan individu di bawah pemerhatian (ODP) di negara itu.

WHO mengakui Indonesia berjaya meningkatkan keupayaan ujian PCR, namun kebanyakannya hanya dilakukan ke atas pesakit positif COVID-19, seperti disyaratkan pertubuhan terbabit sebelum ini.

Agensi kesihatan dunia itu meminda garis panduan terbabit lebih sebulan lalu, selepas mengkaji semula kriteria membenarkan pesakit keluar hospital, dalam siri terbaru panduan yang dilancarkan 27 Mei lalu.

“Sehubungan itu, semua individu disyaki dijangkiti seharusnya menjalani ujian PCR berbanding hanya sekadar menjalani pemeriksaan susulan sebelum dibenarkan keluar,” kata WHO dalam laporan semasa Indonesia pada 8 Julai lalu.

Di bawah garis panduan baharu itu, pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital tidak lagi perlu menghasilkan keputusan negatif ujian PCR bagi dua minggu berturut-turut sebelum dibenarkan keluar.

Setakat 10 Julai lalu, Indonesia menjalankan 23,609 ujian dan menguji 9,388 individu baharu atau secara purata, menguji sekitar 2,213 individu bagi setiap sejuta penduduk.

Memetik kenyataan pakar epidemiologi di Universiti Indonesia, Pandu Riono, WHO menasihatkan Gabenor Jakarta, Jawa Barat dan beberapa bandar lain untuk menggandakan pelaksanaan ujian PCR.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.