nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan cadang pemandu mabuk dipenjara 15 tahun

15 JULAI: Individu yang didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk bakal sehingga menyebabkan kemalangan maut dikenakan hukuman yang lebih berat setelah pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 33) yang dicadangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) diluluskan di Parlimen kelak.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, cadangan pindaan tersebut melibatkan Seksyen 41 hingga 45 Akta 332 bagi menambah hukuman terhadap kes kemalangan maut yang disebabkan oleh perbuatan memandu dalam keadaan mabuk.

Menurut beliau, pada masa ini, akta sedia ada memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun bagi sabitan kesalahan tersebut.

WEE KA SIONG

“Dalam pindaan kali ini, kerajaan mencadangkan hukuman penjara maksimum 15 tahun bagi sabitan kesalahan kali pertama dan 20 tahun bagi sabitan kali kedua.

“Kadar denda RM20,000 sekarang akan dinaikkan kepada RM100,000 bagi kesalahan kali pertama, bagi kesalahan berikutnya RM150,000 manakala tempoh penggantungan lesen dinaikkan dari 10 tahun ke 20 tahun,” katanya dalam sesi soal jawab lisan sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Ka Siong menjawab soalan tambah Ahli Parlimen BN Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung gambaran hukuman lebih berat yang bakal diperkenalkan oleh kerajaan dalam pindaan Akta 333.

Berhubung pindaan Seksyen 20 (a) akta sama, beliau menjelaskan, hukuman penjara mandatori boleh dikenakan terhadap individu yang didapati mempunyai 50 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah.

“Saya bukan Islam, tetapi saya tak minum. Tetapi jika memandu semasa mabuk, itu pantang bagi saya. Apabila sudah minum arak, jangan memandu,” tegasnya.

Terdahulu, ketika menjawab soalan asal Shahidan tentang pindaan Akta 333, Ka Siong memberitahu, Jabatan Peguam Negara telah menyemak draf Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020.

Beliau menambah, draf RUU tersebut akan dibentangkan untuk persetujuan Kabinet pada 17 Julai ini sebelum dibentangkan dalam sidang Parlimen kali ini.

“Selain daripada pindaan hukuman, kerajaan juga akan meminda had kandungan alkohol yang dibenarkan supaya selaras dengan piawaian yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu daripada 35 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter nafas; 80 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah atau 107 miligram alkohol dalam 100 mililiter air kencing kepada 22 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter nafas; 50 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah atau 67 miligram alkohol dalam 100 mililiter air kencing.” jelasnya.

Ka Siong turut memaklumkan tentang dapatan soal selidik dalam talian yang dijalankan oleh kementeriannya mulai 21 Mei hingga 4 Jun lalu yang disertai oleh sebanyak 345,021 responden.

“Hampir 97 peratus responden memberikan maklum balas yang positif dan bersetuju bahawa kuantum hukuman sedia ada tidak memadai.

“Sebagai contoh, seramai 324,489 iaitu 94 peratus responden bersetuju agar kadar hukuman penjara, denda dan tempoh hilang kelayakan lesen memandu ditingkatkan ke atas pemandu yang disabitkan kesalahan memandu ketika berada di bawah pengaruh alkohol, bagi memberi kesedaran kepada umum dan keinsafan kepada pesalah,” ujarnya.

Menurut beliau, berkenaan cadangan mengenakan hukuman mati bagi kesalahan menyebabkan kematian akibat memandu di bawah pengaruh alkohol, Kementerian Pengangkutan berpendapat bahawa kes melibatkan pemandu mabuk perlulah mengikut lunas undang-undang sedia ada.

Ka Siong menyatakan, jika Kanun Keseksaan (Akta 574) digunakan untuk menjatuhkan hukuman mati, ia perlu dibuktikan di mahkamah bahawa pemandu mabuk tersebut mempunyai niat untuk membunuh melampaui keraguan munasabah.

“Memang kita geram, tetapi kita tidak boleh ambil tindakan secara melulu supaya pemandu mabuk ini tidak terlepas daripada tindakan undang-undang yang sewajarnya,” katanya.

Beliau memberitahu, Kementerian Pengangkutan berharap agar pindaan yang dicadangkan kali ini dapat mendidik dan mengubah sikap semua pengguna di atas jalan raya.

“Perkara ini sekali gus bertujuan membendung berlakunya kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan juga memandu secara melulu dalam menjaga keselamatan pengguna jalan raya di Malaysia secara keseluruhannya,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, Kementerian Pengangkutan berpendapat bahawa selain daripada langkah-langkah undang-undang, program kesedaran dan pendidikan turut perlu digandakan.

“Sebagai contoh, Kementerian Pengangkutan giat menggalakkan program pencegahan memandu di bawah pengaruh alkohol seperti melaksanakan konsep designated driver serta penggunaan kenderaan perkhidmatan awam seperti teksi dan e-hailing,” katanya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.